Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Januari 31, 2009

PM Turki kecam Peres

mainpix

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."


Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."


Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)
Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).

Sumber dipetik dari Berita Harian, 31 Januari 2009

Selasa, Januari 27, 2009

Rahsia disebalik Kejadian Gerhana Matahari menurut perspektif Islam

Technorati Tags:

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:

سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ 

“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”

Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu. Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu gerhana matahari dan bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata’la melakukan-Nya.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata’ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu

Selasa, Januari 20, 2009

Arkib bulan Rejab

785406557_7963e3b38d Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Sumber dipetik dari ; www.al-azim.com

Khamis, Januari 15, 2009

Kisah di alam Syurga dan Neraka

SIFAT-SIFAT PENGHUNI SURGA

Syurga adalah suatu tempat bagi para nabi, syuhada, sadiqin dan salihin. Di antara sifat-sifat para penghuni surga adalah :

1. Tinggi badan penghuni Surga adalah seperti Nabi Adam a.s. yaitu 60 hasta atau 90 kaki.
2. Ketampanannya seperti Nabi Yusuf a.s.
3. Usianya tidak akan pernah tua seperti Nabi Isa a.s.
4. Suaranya merdu seperti suara Nabi Dawud a.s.
5. Kesabarannya seperti Nabi Ayyub a.s.
6. Akhlaknya seperti akhlak Nabi Muhammad saw..

TEMPAT SEKSAAN DIDALAM NERAKA.

1. Ghayy.

Seksaan didalamnya sangat keras, sehingga neraka yg lain memohon ampun darinya sebanyak empat ratus kali setiap hari.

2. Zamhariir.

Disebut demikian karena siksanya berupa suhu yg sangat dingin.

3. Hubbul Hazan.

Telaga Penyesalan.

A. Ada Telaga yg disebut Thiinatil Khabal, air telaganya dibuat dari kotoran manusia.

B. Ada Gunung api yg disebut Sa'uud, Tingginya sama dengan jarak perjalanan 70 tahun. Orang-orang kafir akan disiksa dengan cara dibenamkan dan diangkat dari telaga ini secara terus menerus tanpa henti.

C. Ada Telaga yg bernama Hamim (Air yg mendidih). Airnya sangat panas, sehingga apabila diminum oleh ahli neraka, maka bibirnya akan membengkak yg lebarnya akan sampai ke hidung dan bibir bawahnya akan bergantung ke dada. Isi perutnya akan terpotong berkeping-keping.

D. Ada telaga lain yg bernama Ghassaaq. Tempat ini dipenuhi peluh, darah, dan nanah orang-orang kafir. Apabila cairan dari telaga Ghassaaq ini dituangkan ke dunia, maka akan terbakarlah seluruh penduduk bumi ini.

E. Ada Telaga yg disebut Ghislin, Air telaganya terdiri dari kotoran yg berasal dari luka orang-orang kafir. Ukuran badan penduduk neraka sangat besar. Jarak antara kedua bahunya sama dengan jarak tiga hari perjalanan. Tebal kulit orang-orang kafir adalah 43 batu ( 1 batu sama dengan dengan 0,914 meter ). Ukuran gigi mereka sebesar gunung.

Makanan yg dimakan akan tersangkut di kerongkong. Kemudia mereka akan meminta agar diberi air yg diberikan kepada mereka adalah air yg berasal dari kotoran manusia, air nanah, dan air yg mendidih.

"... Dan diberi minuman dengan air nanah." (Qs.Ibrahim ayat 16)

Rabu, Januari 14, 2009

“Deaf, Dumb, and Blind” (English)

These are the worst of times. "Deaf, dumb, and blind, they will not return (to the path). (2/al-Baqarah, 18)." What man sought was the light of truth and salvation; what he kindled was fire. The flames manifested by the blaze produced shock and awe and won the acclaim of all. But because the nature of fire is temporal, praise was short lived and soon darkness once again descended, this time however it was exponentially worse. Hypocrisy, fraud, arrogance, all the evil vices once again prevailed at the expense of truth, sincerity, and all noble virtues. In dismay, mankind struggled to speak without realizing no one was listening nor could anyone truly see, and were therefore rendered apathetic and mute.



The population of the world held its collective breath during the recently concluded American Presidential elections; would a Republican candidate prevail and continue the despotic legacy of his predecessor, or would a Democrat triumph and introduce the overdue changes promised? The much touted eventual victor won the applause of all leaders around the globe; the panacea of change was on its way eagerly awaiting its turn in the spotlight, reveling behind the curtains to the crescendo of propitious voices which rushed to conclude amid jubilation that the institution of Western democracy had once again claimed victory over inequality and the unseen hand of anarchy and rebellion.

Certain leaders of the Arab world in particular breathed a collective sigh of relief and appeared more than honored to blow the victor's trumpet; after all, they had been led to believe that their predicament rested in the duplicitous policies of the previous administration. Indeed, the nomenclature of democracy was that it was just, honorable, moral, and true. Promises of a resolute effort towards a conceivable solution seeking to end hostilities in the Middle East, was introduced; again to the collective applause of the world.

Assurances vowing to return to peaceful dialogue surrounding the perennial cruelty faced by the subjugated Palestinian people, were made; once again to the collective applause of the world. The Palestinian population had suffered tyranny, oppression, domination, cruelty, and unimaginable repression for decades. And the true believers from amongst the global Muslim community experienced and endured their agony with them, "like one body; if one part suffers injury and pain, the entire body experiences wakefulness and fever" (hadith of the Prophet Muhammad, peace and blessings be upon him). It was as though their ankles were being twisted to the point of breaking, and they were screaming out in extreme pain praying that their fellow man, their own brethren would heed their cries and rush to alleviate their anguish and punish their tormentors.

The foregoing promises had been made before, but to the temporary applause of the leaders of the world for those very same promises were soon wanting. Alas, although the screams of the Palestinian peoples had been heard no one had been listening, and their cries ultimately fell on deaf ears. Rather than rid them of the cause of their torture and agony, namely their tormentors twisting their ankles, the leaders of the world, even their own brethren, unilaterally decided that the screams of the Palestinians were too deafening for man's delicate ears and that they should be further punished for polluting the sanctity and purity of sound. What alternative were they left with? What choice would present itself to the Palestinians?



In rushed the institution of democracy. After all, would not the institution of democracy, with its presumed inherent moral code of justice, freedom, honor and truth later rid their Arab neighbor of a despotic tyrant? Had not the Arab world been repeatedly told of the virtues of accepting democracy? Had not the mechanism of democracy been illustrated to them time and again? For perhaps the first time in decades, the Palestinian peoples heeded the call of democracy and dutifully went to the polls to elect a government of their choice. What they craved more than anything else, was justice. Justice is not synonymous with law, for the law had failed the Palestinian people.

Like any other Muslim of sound mind, justice for them meant the most comprehensive of all virtues synonymous with truth, the right and good; its antithesis therefore was synonymous with injustice, tyranny, falsehood, and arrogant compromise with evil. And if truth and righteousness were apportioned according to its proper place, namely if dignity, wealth, opportunity, security and the like were afforded regardless of race, creed, political allegiance or social standing, and were distributed according to a just manner, then there would be peace, harmony and happiness in society. For decades, the leaders of the world had generally considered the actions of the Palestinian people in terms of their appearance, inclined to interpret those actions as they appeared, rather than as they were and what they were in reality. As a result, wealth was apportioned to the already rich; control of their destiny was handed to a government comprising a race of people who considered themselves to be ‘God's chosen flock'; jurisdiction of their mosques and schools was assigned to ‘God's chosen troops'. Such manner of distribution certainly brought benefit to the foregoing government, yet was indeed oppressive and a deviation from justice; such a government was indeed unjust for it had failed to recognize the proper places of those things in relation to their recipients.

Unlike the victor of the democratically elected soon to be appointed President of the United States of America who had earned the applause of all leaders around the globe, the victor of the democratically elected leader who had merited the esteem of the Palestinian peoples, was summarily condemned by many leaders of the world, including some from amongst the leaders of the Arab world. Democratic salvation was in fact democratic abandonment. It turns out that the moral code of justice, freedom, honor and truth was not inherent to democracy; rather democracy was the vessel of terror, terrorism, and terrorists, at least this is what the aforementioned leaders of the world would have us conclude. Today therefore, the schism suffered by the Muslim world is more and more apparent.

There are those in Malaysia, Turkey, and the Islamic Republic of Iran, for example, who experience and share in the anguish of their fellow human beings and desperately want to render assistance. Sadly however, their democratic voices are drowned out by an overpowering deafening roar resulting from a torrential inundation of the scum of democracy. Certain leaders of Arab countries and Muslim representatives in the Organization of Islamic Conference (OIC) have vaingloriously and deliberately ignored the rope of hope, optimism, and deliverance offered to the m by those having true knowledge of justice during fleeting intervals of truth amidst the vast swathe of ignorance and despair. Conversely, they have elected to remain cynical, hypocritical, duplicitous, and untrustworthy. As a result, change for the better with regard to the fate of the Muslims and the Muslim world remains impossible while their democratically elected leaders grope about, deaf, dumb, and blind.

Source : From IKIM, written by, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas

Keimanan Asas Penyatuan Ummah



Bertemu kembali dalam sembang islam. Berdasarkan topik "Keimanan Asas Penyatuan Ummah", pelbagai rangkaian (rantaian) islamik yang dapat dirungkaikan. Disini, kita dapat melihat akan hubung kait antara Iman dan Penyatuan Ummah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Keimanan bukanlah aset yang mudah(senang) untuk diperolehi. Kekukuhan dan keutuhan tersebut tidak hanya dapat memberi "kekuatan" yang "termahal" kepada umat Islam, malahan ia merupakan satu-satunya senjata utama orang Islam. Berinteraksi dengan kejadian yang berlaku pada umat Islam masa kini, lebih-lebih lagi di negara Islam iaitu Palestin, Sinar Iman seolah-olah kian luput dapat Umat Islam. Apa yang dimaskudkan "Iman" disini ialah "Iman" dari segi "Semangat Perpaduan" diantara negara-negara Islam (terutamanya dari seigitiga Islam. Pelbagai isu yang dibangkitkan oleh negara-negara Islam, namun sehingga kini tiada satupun usaha yang membuahkan hasil. Hari demi hari pembunuhan rakyat Palestin berlaku tanpa ada titik penyuraian. Maruah tergadai dek janji-janji, kemanusian yang diagung-agungkan dulu sudah lapuk & kian menyelesap ke dalam "tangan pembunuh". Fikir-fikirlah lah wahai saudara-saudara ku, Iman bukan hanya lahir dari hati, tidak hanya wujud pada luaran, tapi Iman yang yang sempurna adalah lahir dari asimilasi setiap rukun yang terdapat dalam Islam.

Luahan hati penulis, tidak melibatkan mana-mana pihak... Islam Reunited. Foto dari Al-Jazeera.net

Rabu, Januari 07, 2009

Dimanakah Kesatuan Ummah ?


Sejak akhir-akhir ini, terpampang pelbagai isu yang membincangkan akan serangan Israel terhadap Palestin(Gaza). Serangan yang mengorbankan beratus-ratus nyawa (setakat ini 660 orang pada 07.01.09) adalah merupakan misi serangan tanpa perikemanusiaan dari negara yang menumpang (Israel). Lontaran peluru, misil dan bom di"baling" pada insan yang tidak berdosa dan tidak mengenal usia. Yang menjadi mangsa, adalah kanak-kanak, warga tua, golongan wanita, lelaki mahupun sesiapa jua. Adakah mereka (rejim zionis) tidak memiliki rasa belas kasihan walaupun hanya 1% ?, adakah mereka terpaksa ? atau....,mereka boleh melemparkan pelbagai tohmahan dan alasan, namun, tidak satu pun yang wajar diterima oleh akal. Mereka HANYAlah pendatang yang menjadikan PENDUDUK asal(palestin) sebagai tebusan dan mangsa kerakusan US & Israel.

Sudah lama isu Palestin bermain dalam kamus belasungkawa dunia. Namun, apa yang telah berlaku sebelum ini, kini dan akan datang hanya dilihat dan dikutuk oleh warga dunia, mesyuarat ? perbincangan ? apa-apa lagi konvensyen diresolusikan. Tiada satu pun yang dapat menyumbang secara telus kepada pembentukan semula negara Palestin yang sempurna. Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh negara-negara Arab, merelakan negara yang terlalu hampir dengan mereka disirami dengan hujan airmata. Mereka hanya mampu melihat dan bermesyuarat. Walhal, kuasa yang ada pada Negara Islam adalah lebih besar jika dibandingkan dengan Amerika & Israel. Hanya satu faktor yang mampu melumpuhkan struktur ekonomi negara Amerika & Israel. Ramai yang sudah sedia maklum, namun hanya sekadar maklumat. Kuasa yang dimaksudkan adalah Minyak. Terlalu sukarkah untuk negara-negara Arab yang memiliki sumber minyak (Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan sbgnya) untuk menyekat penghantaran sumber tersebut ke Amerika? Apakah mereka terlalu takut, bimbang atau terlalu berbudi dengan Amerika?. Mereka (negara-negara Arab) mampu berbelanja besar bagi menyediakan infrastruktur melebihi taraf dunia, berlumba-lumba mencipta sesuatu yang tidak masuk akal, terlalu ekslusif & sebagainya.

Saya ada membaca laman forum Al-Jazeera dimana, seorang pembaca telah menyatakan bahawa negara-negara Arab, telah banyak membantu Palestin dari segi kewangan dan seumpamanya. Adakah benar atau tidak, Wallahualam. Namun, setelah menilai dan mengkaji semula perkembangan ekonomi di Asia Barat, golongan yang memonopoli sektor ekonomi adalah dari golongan elit dan berpengaruh dari negara-negara yang banyak mencipta nama (tidak perlulah dinyatakan negara tersebut). Perbelanjaan yang besar dikeluarkan semata-mata untuk mencipta nama dan menarik golongan Amerika sendiri. Alangkah lebih beruntung sekiranya wang tersebut disumbangkan kepada negara-negara Islam yang lebih mundur (Darfur, kosovo Afrika, dsb). Nilai berbillion-billion dolar yang dikeluarkan oleh negara Arab untuk membina bangunan-bangunan dsb sudah cukup untuk mereka (Negara Islam yang dinyatakan tadi) untuk digunakan selama beberapa tahun.

Namun, apa yang penulis dapat perhatikan masa kini, hanya negara yang dianggap jauh & tidak terlalu "kaya" yang membantu mereka. Walaupun nilai yang disumbangkan adalah tidak begitu banyak, namun disitu sudah dapat dilihat akan semangat saudara seIslam dan kesatuan ummah. Mereka amat bersyukur dan begitu terharu apabila menerima sumbangan walaupun tidak seberapa. Penulis sendiri yang menonton selitan video sumbangan tabung darfur turut tersentuh hati melihat akan kegembiraan dan senyuman yang terukir diwajah mereka. Begitulah semangat Islam yang sentiasa dituntut dalam Islam. Wang dan harta bukanlah segala-galanya, namun semangat cintakan Islam dan ummah seluruhnya adalah yang lebih utama. Tentatifnya, sekiranya seluruh negara-negara Islam bersatu dan berpegang hanya yang Satu, InsyaAllah, Palestin pastikan bersinar kembali, negara Islam kan terus makmur...Tanpa penindasan dan kemiskinan. Amin.

Sumber : Tidak melalui sumber, nukilan penulis sendiri. Gambar dipetik dari Al-Jazeera.net