Sekalung Tahniah diucapkan kepada En. Syarifuddin dari Terengganu kerana telah bertuah menjadi pengunjung ke 6000 blog Islamicworlds. Beliau adalah pengunjung ke 4 yang terpilih selepas 4 siri sebelum ini, iaitu pengunjung ke 2000, 4000 dan 5000.
Terima Kasih & Selamat Maju Jaya.
Jumaat, November 26, 2010
Khamis, November 25, 2010
Adakah anda Pengunjung ke 6000 ?
Salam,
Selamat Datang, adakah anda merupakan pengunjung ke 6000 blog ini ? Sekiranya Ya, pihak admin akan memberikan hadiah istimewa buat anda. Syaratnya, anda mesti mengambil gambar / "print screen" (terletak dibawah) seperti berikut dan emelkan kepada : admin@anchorman.com.my . Pihak kami akan menghubungi anda melalui emel setelah mendapat pengesahan. Terima Kasih kerana mengunjungi laman islamicworlds 2010.

Sabtu, September 04, 2010
Rabu, Ogos 04, 2010
Keputusan Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2010
Berikut adalah keputusan-keputusan rasmi yang telah diumumkan
BAHAGIAN QARI :
Johan : Mesir (91.46%) - Hani Abdel Aziz
Naib Johan : Malaysia (90.75%) - Wan Ainuddin Abdullah
Ketiga : Filipina (89.63%) - Abdul Wadoud K.Esmail
Keempat : Iran (88.33%) - Mahmoud Taghi Rangraz
Kelima : Brunei Darussalam (87.9%) - Awangku Mohammad Adibul Amin Pengiran Haji Marjuki
BAHAGIAN QARIAH :
Johan : Pakistan (91.08%) - Samia Khanan
Naib Johan : Brunei Darussalam (90.17%) - Dayang Nurfaezah Emran
Ketiga : Filipina (88.75%) - Monaifah A.Bogabong Alawi
Keempat : Malaysia (88.7%) - Nor Azrah Ayub
Kelima : Indonesia (85.6%) - Hajjah Afriadinis
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memperdengarkan bacaan.

Rabu, Julai 28, 2010
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2010
Seramai 76 peserta dari 47 negara akan mengambil bahagian dalam Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang bermula di sini esok.
Jumlah itu meningkat berbanding 66 peserta dari 43 negara tahun lepas. Empat negara yang pertama kali menghantar peserta tahun ini ialah Tazakhstan, Surinam, Zambia dan Djibouti.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata daripada 76 peserta itu, 47 merupakan qari manakala 29 lagi adalah qariah.
Tilawah bertema “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah” itu akan berlangsung selama lapan malam, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, tema itu dipilih memandangkan umat Islam kini semakin alpa dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan menjadi kewajipan sesama Muslim untuk saling ingat mengingati dan mempereratkan lagi hubungan agar setiap ancaman serta tohmahan dapat diatasi.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berangkat menyempurnakan perasmian tilawah. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, katanya.
Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dijangka turut hadir.
Wan Mohamad berkata, Malaysia akan diwakili qari Wilayah Persekutuan Wan Ainuddin Abdullah dan qariah Johor Nor Azrah Ayub yang masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru.
Beliau berkata, johan qari dan qariah akan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM31,945 (AS$10,000) serta cenderamata dan sijil penyertaan.
Naib johan pula akan menerima wang tunai RM22,361 (AS$7,000), cenderamata dan sijil penyertaan, manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM12,778 (AS$4,000), cenderamata dan sijil penyertaan.
Katanya, para peserta lain pula membawa pulang wang tunai RM4,791 (US$1,500), cenderamata dan sijil penyertaan. -MediaUMNO/Bernama
Sabtu, Mei 01, 2010
Sabtu, Februari 27, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)