Sejarah menunjukkan bahawa hanya manusia yang mempunyai visi sahaja mampu hidup dalam kejayaan dan kebahagiaan. Kajian menunjukkan bahawa hanya 3% sahaja manusia yang benar-benar tahu apa yang mereka mahukan dan mereka mendapatkannya. Kenapa kita tidak mahu menjadi seperti mereka? Semenjak saya mula menulis blog ini, saya berjanji saya akan cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik setiap hari untuk membaiki diri saya. Saya percaya untuk menjadi seorang yang terbaik untuk diri sendiri, kita hendaklah mempunyai ketetapan hidup.
Ketetapan hidup saya ialah memberikan khidmat kepada orang lain sebagai simbol keimanan saya kepada tuhan. Apakah ketetapan anda? Apa yang kamu ingin capai dalam hidup anda?
Hanya kamu sahaja yang mampu menentukan apa yang kamu ingin lakukan dalam hidup ini. Hanya kamu sahaja yang menentukan hala tuju hidup kamu. Sebagai seorang Islam, saya percaya kamu mesti pernah dengar bahawa tanda orang beriman ialah terletak pada sifat tawakalnya. Biar sama mengilustrasikan sifat tawakal ini kepada kamu. Ada 2 orang petani yang benar-benar memerlukan hujan untuk tanaman mereka.
Mereka berdua berdoa kepada tuhan tetapi hanya seorang yang mencari sumber air, menyediakan tanahnya untuk ditanam, mencari benih dan lain-lain lagi. Mana yang anda rasa benar-benar mempunyai sifat tawakal. Petani yang melakukan segalanya atau tawakal sahaja semata-mata. Jika anda bertanya mana-mana orang Berjaya di dunia ini sama ada mereka pernah menulis impian mereka atau mereka pernah menetapkan sesuatu untuk hidup mereka. Mereka pasti akan megatakan ‘Ya’. Ini kerana mustahil bagi seseorang mencapai kejayaan tanpa mempunyai impian mereka sendiri.
Ada yang menganggap bahawa impian adalah ketetapan hidup mereka. Sebenarnya tidak. Impian hanyalah sebahagian daripada ketetapan hidup. Ketetapan hidup sebenarnya adalah prinsip yang anda kenakan terhadap diri sendiri. Kamu mesti mencari apakah tujuan kamu hidup di dunia ini dan bertindak berdasarkan prinsip yang telah anda tetapkan. Saya harap anda dapat mencari apa yang anda cari selama ini dan mencapai tujuan hidup kamu. Selamat Maju Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan