Assalamualaikum… lihat tajuk pasti anda ingin tahu bagaimana bentuk lukisan alam ini. Kisah ini saya diperdengarkan dalam Forum Perdana yang dibawa secara langsung dari UTP.
Bermulanya alkisah… Suatu ketika dahulu, ramai pelukis-pelukis handal dari seluruh dunia mengejar status keagungan lukisan yang mereka cipta. Kebanyakan lukisan yang dihasilkan teramatlah cantik sehinggakan tidak diketahui siapakah yang paling layak dianugerahkan pelukis terhebat. Oleh kerana terlalu sukar untuk membuat penilaian teresbut sehinggakan berita ini tersebar luas di pelusuk dunia, maka sampailah ia kepada Maharaja China (tidak dapat dipastikan Dinasti apa). Setelah dipesetujui oleh Maharaja, maka diadakan satu pertandingan melukis bagi menilai kehebatan mereka. Selepas beberapa saringan / tahap pertandingan yang dibuat, tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua yang mana negara yang akan bertanding pada peringkat terakhir adalah negara China dan negara Rom.
Pada hari pertandingan di antara China dan Rom, Maharaja telah membahagikan dua kawasan kepada setiap negara. Dan di tengah-tengah nya diletakkan satu tabir / tirai yang besar bagi memisahkan antara kedua-duanya. Sebelum bermula, setiap negara dibenarkan meminta apa-apa warna yang diinginkan mereka dan sekeping papan besar disediakan untuk mereka melukis.
Setelah bermulanya pertandingan, pelukis-pelukis dari China dan Rom bersungguh-sungguh menghasilkan karya alam mereka. Ramai yang beranggapan pelukis dari China yang memenangi pertandingan disebabkan warna yang diminta adalah terlalu banyak, sementara pelukis dari Rom langsung tidak meminta apa-apa warna melainkan pisau dan batu asah. Pelukis-pelukis tersebut telah diberi masa selama beberapa hari bagi menyiapkan karya masing-masing.
Pada hari terakhir (hari yang menentukan lukisan tercantik), Maharaja telah memilih untuk membuka tirai dari negara China sebelum dibuka tirai dari negara Rom. Alangkah terpegunnya raja dan semua yang hadir tatkala melihat keindahan dan kecantikan lukisan dari negara China. Mereka tidak dapat menyatakan betapa indahnya lukisan yang menggabungkan pelbagai warna itu….
Dan setibanya masa untuk dibuka tirai dari negara Rom, pelukisnya telah meminta sebuah cermin yang besar. Semua yang hadir tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh pelukis dari negara Rom. Apabila tirai tersebut dibuka. Maka terpancarlah satu lukisan alam yang tidak ada tolok tandingnya. Dengan ukiran bermotifkan alam dan diserikan lagi dengan warna yang sungguh cantik. Warna tersebut adalah pantulan dari lukisan yang dihasilkan oleh pelukis negara China (menggunakan cermin), dan ditambah pula dengan ukiran dari negara Rom. Karya lukisan yang dihasilkan oleh negara Rom telah berjaya menambat hati Maharaja China, bukan kerana kecantikan / keindahan semata-mata, malahan ia disebabkan oleh kebijaksanaan pelukis dari Rom yang berjaya menyatukan lukisan alam dari kedua-duanya…
Kesimpulannya, untuk membina sesuatu yang hebat, kita perlulah lebih bijak dari orang yang bijak. ~ ismikhair
Dikisahkan secara ringkas shj…
3 ulasan:
Menarik kisah ni, tapi kita tak perlulah hebat dan bijak dari orang lain, sebaiknya kita perlu belajar dan dapatkan inspirasi dari orang hebat, barulah menghasilkan sesuatu yang unik dan menarik.Yang penting, mesti hebat dari diri sendiri,kuat usaha setiap hari, update kelemahan yang ada.Kita adalah ciptaan-Nya yang sememangnya cukup hebat!
~ tagline "Kita adalah ciptaan-Nya yang sememangnya cukup hebat!" itulah yg terbaek... :)
Terbaek..! He-he
Catat Ulasan