Assalamualaikum wbt. Bersua kembali dalam ruangan bicara dari hati ke hati. Mukaddimah bicara yang bertajuk “Rahmat disebalik Ujian” ini lebih menjurus kepada perspektif kesempurnaan dalam ibadat. Setiap insan pasti tidak terlepas dari diuji dengan pelbagai ujian. Tanpa diuji, kita tidak akan tahu di mana kelemahan kita. Sesungguhnya amat beruntunglah orang-orang yang arif menilai “nikmat” disebalik ujian. Rahmat yang diingin disampaikan tidak semestinya dalam bentuk material semata-mata, namun ia turut diterjemahkan secara spiritual. Kita mungkin tidak sedar bahawa dalam kehidupan yang dilalui ini, Allah SWT telah banyak mengurniakan Rahmat kepada kita. Apa yang kita nampak hanyalah “kesusahan” yang menimpa. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya; Ayat 35 yang bermaksud;
“Kami (Allah) akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya”
Justeru itu, perlu kita ketahui bahawa sesungguhnya Allah menguji kita sama ada dengan sesuatu kebaikan atau keburukan untuk mengetahui siapa dikalangan manusai yang terbaik amalanya. Semua insan adalah lemah, semua yang dimiliki adalah milik Allah SWT. Tuhan sekalian Alam… Selamat beramal.
2 ulasan:
Salam.Pekabo org kmpung?sihat la kut psl slalu mkn telur burung unta :-)
w.salam tanpa nama... Alhamdulillah, sihat walafiat... doh waner lening...
Catat Ulasan