Assalamualaikum wbt.
Bersua kembali di IslamicWorlds sejak sekian lama menyepi. Pembuka bicara Tahun 2012 ini adalah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang ke-55 bermula 4 Jun 2012 sehingga 8 Jun 2012. Pada tahun ini MTQK 2012 dibawakan dari Negeri Johor Darul Takzim (Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor). Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”
Majlis pada Malam ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor. Aturcara Majlis pada malam ini dimulai dengan bacaan doa oleh Imam Besar Negeri Johor, Hj. Halid Sono Al-Hafiz. dan disusuli pula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh Hj. Aziz Mutakim, Johan Qari MTQA 2007.
Seterusnya, Majlis mempersilakan ucapan oleh Menteri Besar Johor dan kemudiannya oleh Perdana Menteri Malaysia. Aturcara majlis diteruskan dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan Az-Zikr yang telah menyampaikan dua buah lagu. Pada Malam pertama, Malam Perasmian Pembukaan, Dua orang peserta telah selesai memperdengarkan bacaan masing-masing iaitu, Qari Abdul Khair Jalil [SELANGOR] dan Qariah Sarina Che Yahya [PERLIS].
* Gambar direkodkan dari RTM 1 & JAKIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan