Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, Jun 06, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke 55 (2012) Hari Kedua.

 

DSC_1558 DSC_1575

DSC_1586

Assalamualaikum wbt. bertemu kembali dalam laporan harian MTQK 2012 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor. Pada malam kedua, iaitu 5 Jun 2012 bersamaan 15 Rejab 1433H, seramai 9 orang peserta Tilawah telah selesai memperdengarkan bacaan masing-masing yang terdiri dari 5 orang Qari dan empat orang Qariah serta menjadikan jumlah peserta yang telah memperdengarkan bacaan sehingga hari kedua adalah seramai 11 orang dengan 6 Qari dan 5 Qariah.

DSC_1553 DSC_1577

DSC_1592 DSC_1568

DSC_1603

DSC_1563 DSC_1596

DSC_1573 DSC_1590

 

Pada malam kedua, peserta-peserta yang telah selesai adalah seperti berikut :-

Qari :

1) En.Zul-Hasyimi Mohamed Yunus [PAHANG],

2) En. Wan Ahmad Tirmizi Wan Sulaiman [MELAKA]

3) En. Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin [KEDAH]

4) En. Mohd Fahmi Asraf Razali [PERAK]

5) En. Mohd Hafaz Ali [TERENGGANU]

 

Qariah :

6) Nur Faten Izzati Rablin [SABAH]

7) Hjh. Roziah Hj. Ayup [SARAWAK]

8) [KEDAH]*

9) Hjh. Shaharom Othman [SELANGOR]

 

Persembahan nasyid pada malam ini adalah dari Kumpulan Afhdal yang telah mempersembahkan dua buah lagu iaitu Iqra’ dan Ummul Kitab.

* Gambar adalah sepertimana yang direkod dari ihsan RTM 1, JAKIM

Selasa, Jun 05, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan ke-55–2012M/1433H (Majlis Perasmian Pembukaan)

Assalamualaikum wbt.

Bersua kembali di IslamicWorlds sejak sekian lama menyepi. Pembuka bicara Tahun 2012 ini adalah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang ke-55 bermula 4 Jun 2012 sehingga 8 Jun 2012. Pada tahun ini MTQK 2012 dibawakan dari Negeri Johor Darul Takzim (Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA, Johor). Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”

DSC_1541  DSC_1532

DSC_1531  DSC_1537

Majlis pada Malam ini dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor. Aturcara Majlis pada malam ini dimulai dengan bacaan doa oleh Imam Besar Negeri Johor, Hj. Halid Sono Al-Hafiz. dan disusuli pula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh Hj. Aziz Mutakim, Johan Qari MTQA 2007.

Seterusnya, Majlis mempersilakan ucapan oleh Menteri Besar Johor dan kemudiannya oleh Perdana Menteri Malaysia. Aturcara majlis diteruskan dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan Az-Zikr yang telah menyampaikan dua buah lagu. Pada Malam pertama, Malam Perasmian Pembukaan, Dua orang peserta telah selesai memperdengarkan bacaan masing-masing iaitu, Qari Abdul Khair Jalil [SELANGOR] dan Qariah Sarina Che Yahya [PERLIS].

DSC_1543  DSC_1545

 

* Gambar direkodkan dari RTM 1 & JAKIM