Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Februari 28, 2009

Sejarah pembesaran Masjidil Haram

SEWAKTU Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan puteranya, Ismail a.s. mendirikan Kaabah atas perintah Allah SWT, ia adalah sebuah bangunan yang didirikan di tengah-tengah kawasan terbuka. Kedudukannya ini mendefinisikan arah kiblat umat Islam.

Pada masa itu solat dan tawaf dilakukan di kawasan yang terbuka. Malah binaan bangunan ini tidak berubah-ubah sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW. Had ruang terbuka ini ditentukan oleh kawasan kediaman dan bangunan-bangunan komersial yang semakin berkembang dari semasa ke semasa di sekelilingnya. Malah pelaksanaan ibadat sa'ie telah dilakukan sepanjang lorong sempit yang selari dengan kedai-kedai dan rumah-rumah yang terletak di bahagian antara bukit Safa dan Marwah.Kini ruang terbuka tersebut telah diubah menjadi laman dalam (courtyard) sebuah masjid agung iaitu Masjidil Haram, Mekah.

Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas seperti sekarang. Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah. Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiyah. Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil.Kaum Quraisy yang merupakan ketua puak Arab direkodkan adalah pihak yang bertanggungjawab melaksanakan pembesaran pertama sekeliling Kaabah iaitu pada 604. Diikuti sekurang-kurangnya 10 fasa pembesaran Masjidil Haram.

Yang pertama padan zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar ini telah menetapkan sempadan dan yang terakhir dilakukan semasa pemerintahan Al-Malik Fahd, kerajaan monarki Arab Saudi yang kelima. Walau bagaimanapun, sehingga pembesaran pertama pada 1955 di bawah Raja Abdulaziz Al-Saud, masjid itu hanyalah sekadar ruang terbuka yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan beratap yang bersebelahan, sekali gus menandakan sempadan. Khalifah ketiga, Othman bin Affan merancang semula terutamanya untuk ruang tawaf dengan merobohkan khemah-khemah yang kurang penting.

Pada 1988, sekali lagi Masjidil Haram melalui pembesaran secara besar-besaran pada masa pemerintahan Al-Malik Fahd. Selepas perluasan itu, keluasan Masjidil Haram menjadi 117,480 meter persegi iaitu 16,745 peratus lebih besar saiznya pada zaman Baginda Rasulullah SAW. Penambahan kawasan lantai yang lebih teguh serta pertama kalinya diperkenalkan pengunaan penghawa dingin merupakan pembesaran kali kedua Masjidil Haram. Pembesaran kali kedua ini juga melibatkan kawasan berbumbung yang terbuka untuk tujuan solat dan tawaf serta pelebaran perkarangan di pintu gerbang Bab Al-Malik dan Bab al-Salam. Hamparan jernih batu marmar yang berkilat di laluan perkarangan pintu masuk turut memberi keselesaan kepada tetamu Allah terutamanya sewaktu mendirikan solat di sebelah malam. Namun yang paling penting ialah penambahan penyediaan kemudahan tandas dan tempat berwuduk yang dibina di bahagian bawah tanah, telah berjaya menjadikan urusan jemaah haji lebih selesa dan dapat memberi tumpuan kepada penyerahan diri kepada Allah SWT.

Dipetik dari Utusan Malaysia (Bicara Agama, 27.2.08)

Ahad, Februari 22, 2009

Perhatian ( Attention)

 pic02995

Yang pasti ini bukan ayat al-Quran.(This is not Al-Quran verses) Please alert it.
Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah
kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita.Tolong Baca.
Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR.

Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis
"Surah Injilu Matay" (Terus reject)
Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail
ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang
penting kerana kita telah mengetahui akan perkara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiki lah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi
dinding rumah, Hhmm. sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran......sebenar ayat Bible.

Sabtu, Februari 21, 2009

Sebaik-baik teman sejati adalah BUKU

latahzan

Faedah membaca dan mentelaah buku:
1) Mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan
2) Menghindarkan seseorang agar tidak tenggelam dalam hal-hal yg batil
3) Menjauhkan kemungkinan seseorang utk berhubungan dengan org-org yang menganggur dan tidak memiliki aktiviti.
4) Melatih lidah utk berbicara dgn lebih baik, menjauhkan kesalahan dalam ucapan, dan menghiasinya dengan balaghah dan fashahah
5) Mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani
6) Meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman
7) Dapat mengambil faedah dari beberapa pengalaman manusia, beberapa hikmah org yg bijak, dan fatwa hukum para ‘ulama
8) Mematangkan kemampuan seseorang utk mencari dan memproses pengetahuan, utk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yg berbeda dan penerapannya dalam kehidupan yg nyata
9) Meningkatkan keimanan khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin.Sebab buku merupakan pemberi nasihat yg plg agung, merupakan pendorong jiwa yg plg besarm dan merupakan penyuruh kepada kebaikan yg plg bijaksana
10) Membantu fikiran agar lebih tenang, membuat hati agar lebih terarah, dan memanfaatkan waktu agar tidak terbuang secara percuma
11) Dapat mengasah pemahaman kita terhadap makna suatu kata, mencapat pemahaman terhadap material secara utuh, memahami maksud ungkapan tertentu, mencerna dalil dalam kalimat dan mengetahui rahsia-rahsia hikmah
Seorang penyair mengatakan:
“Inti dari roh adalah pencerna yang dikandung makna
Bukanlah sesuatu yang Anada makan atau minum”

Sumber : Buku La Tahzan, Dr Abdullah Aid’h AlQarni

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

quran-close-shot-8

   Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah  bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat .....

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

qrn

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. (Panduan ayat, sila rujuk Al-Quran untuk rujukan asal)

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Husayn Newton – Kisah Pemuda disebalik Nur Islam

HUSAYN NEWTON

KEFASIHAN pemuda yang berasal dari Tasmania, Australia ini berbahasa Melayu cukup menakjubkan apatah lagi mendengar kepetahan beliau berbicara menggunakan loghat pantai timur. Kalau tidak melihat orangnya, pasti penulis menjangkakan beliau orang tempatan.
Apabila bertemu empat mata dengan jejaka ini, terasa malu berbaur bangga. Malu kerana orang luar lebih membanggakan bahasa kebangsaan kita tetapi bangga kerana beliau berjaya menguasainya dalam tempoh singkat. Kejayaannya membuktikan kebenaran pepatah Melayu, ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’
Corey Blake Newton atau nama Islamnya, Husayn Newton, 22, dilahirkan di Brisbane, Australia sebelum keluarganya berpindah ke Tasmania, sewaktu usianya mencecah alam kedewasaan.
Penulis diperkenalkan dengan anak kedua daripada tiga adik-beradik ini oleh Ustaz Amran Abdullah dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tanpa melengahkan masa, penulis menghubungi telefon bimbitnya.
Bagaimana mesra perbualannya di dalam telefon, begitu jugalah perwatakan Husayn sepanjang temu bual kami. Orangnya mudah tersenyum, lancar berbicara, cepat mesra, berbudi bahasa menyebabkan dirinya menjadi perhatian orang sekeliling sepanjang sesi temu bual di sebuah coffee house di KL Sentral, baru-baru ini.
“Saya masih ingat semasa usia saya antara 15 hingga 16 tahun, kehidupan sosial saya terlalu bebas. Boleh dikatakan tidak ada sesuatupun yang membataskan perbuatan teman-teman dan saya. Tetapi satu perkara yang saya sedar, setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada balasannya.
“Semenjak itu, saya mula memikirkan soal balasan Tuhan dan setiap detik itulah hati saya rasa tidak tenang. Lantaran itu, saya mula mencari jawapan keresahan itu menerusi agama Kristian, Buddha dan Hindu.
“Sayangnya semua yang dipelajari itu umpama angin, tidak ada satu pun yang dapat dipegang atau dengan kata lain, tidak ada sesuatu yang dapat menarik perhatian saya,” cerita Husayn sebagai mukadimah bicaranya petang itu.
Sambung beliau, apa yang menjadi titik perubahan ialah apabila mengikuti mata pelajaran, Hak Asasi Manusia. Dari situlah beliau mengenali kisah dua tokoh terkemuka iaitu Malcom X dan Martin Luther King Jr. dan mulai saat itulah hatinya mula tertarik dengan kisah perjuangan mereka.
Selepas membaca autobiografi kedua-dua tokoh ini, beliau sedih dan terharu terutamanya kisah Malcom X kerana beliau beragama Islam. Kisah bagaimana penghijrahan akidahnya begitu menyentuh, menyebabkannya mula mengenali kitab al-Quran.
“Saya terus ke perpustakaan dan meminjam terjemahan al-Quran. Saya membawanya pulang ke rumah dan sedang saya asyik membaca terjemahan surah al-Fatihah dan al-Baqarah, ayah nampak. Dia sangat marah dan menyuruh saya memulangkannya kembali serta memberi amaran kepada saya supaya tidak lagi membawa apa berkaitan agama ke rumah lebih-lebih lagi yang bersangkut paut tentang agama Islam,” jelasnya.
Sungguhpun ayah berkeras, Husayn tetap berminat mendalami agama Islam yang baru dikenali. Beliau juga tergerak membeli kopiah untuk melaksanakan sembahyang. Berulang kali beliau menyelusuri lorong yang menjual barangan keagamaan Islam tetapi tidak bertemu dengan kopiah menyebabkannya hampa.
“Sekali lagi saya ke tempat yang saya, waktu itu hari Jumaat, pemilik kedai telah ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Saya terpaksa menunggu agak lama sebelum ditegur oleh seorang Imam dari Libya, yang bertanya adakah saya ingin memeluk agama Islam?,” kata Husayn yang memeluk Islam pada hari itu juga di Al-Mi’raj Sufi and Islamic Studies Centre, Hobart, Tasmania pada Mac 2000.
Pengislaman Husayn dilakukan oleh Imam Syeikh Ali El-Senossi. Malah pada hari itu juga, Husayn memperoleh kopiah yang dicari-cari sebelum ini.
Semenjak itu, beliau kerap menghabiskan waktunya di pusat tersebut biarpun sekejap. Malah didikan dan bimbingan daripada Imam Syeikh Ali El-Senossi berjaya mengubah dan memperbaiki pemahaman Husayn tentang Islam. Ini kerana ustaznya sentiasa membuat perbandingan agama Islam dengan agama-agama lain.
“Apa yang diajarkan oleh Islam semuanya masuk akal dan sesuai dengan fitrah manusia. Apatah lagi, apabila membaca al-Quran, hati menjadi tenang meskipun ayah amat membenci tindakannya memilih Islam.
“Dari saat itu juga bermulalah konflik hubungan dengan ayah. Namun, saya bersyukur kerana ibu tidak seperti ayah. Beliau amat memahami dan sentiasa menyokong biarpun kami berlainan agama.
“Kata ibu, dia nampak perubahan pada diri saya sebelum dan selepas memeluk Islam. Yang pastinya, beliau gembira dengan perubahan saya itu. Semenjak itu, ibu berusaha memudahkan terutamanya dalam apa juga keadaan,” kata Husayn bersyukur dengan penerimaan ibu walaupun teman-teman yang dahulunya rapat kini hubungan semakin renggang.
Akui Husayn lagi, beliau bersyukur kerana Imam Syeikh Ali El-Senossi sentiasa membantu terutamanya pada tahun-tahun awal pengislaman. Malah beliau menganggap insan ini seperti ayahnya kerana apabila bergelar Muslim, dia tidak rasa tersisih atau kecewa dengan layanan bapa kandung.
Menerusi pembacaan dan tunjuk ajar Imam Syeikh Ali El-Senossi dan dengan kuasa Allah s.w.t. Husayn memperoleh keyakinan dan kemantapan iman. Inilah apa yang dikatakan kemanisan iman, akui Husayn.
Bagaimana beliau berada di Malaysia? Kata Husayn ini juga ialah atas usaha dan sokongan Imam Syeikh Ali El-Senossi. Pengalaman beliau yang berada di banyak negara Islam, salah satunya Malaysia menyebabkan beliau mencadangkan agar Husayn ke negara ini. Katanya, Malaysia adalah yang terbaik.
“Pelawaan kenalan daripada kerabat Diraja Terengganulah yang menjadi penyebab saya ke negeri itu pada pertengahan 2006. Di Terengganu, saya tinggal di Kampung Jeram Manis, Kuala Terengganu.
“Sungguhpun tidak lama tetapi hidup dalam suasana kampung dengan bendang terbentang luas, lihat kerbau bermandi lumpur, kehidupan gotong-royong dan banyak lagi merupakan memori paling indah apatah lagi, berpeluang mendalami ilmu Islam.
“Macam macam gelaran yang diberikan kepada saya seperti Husin Lampoyang dan beberapa lagi. Keunikan budaya dan bahasa orang Terengganu, menambahkan lagi kemesraan sekali gus merapatkan hubungan sesama insan,” jelas Husayn yang kini menetap di Kuala Lumpur dengan sebuah keluarga angkat.
Berkongsi kekecewaannya dengan segelintir sikap masyarakat Malaysia, cerita Husayn, beliau agak terkejut apabila ada saudara sesama Islam bertanyakan agamanya sedangkan dia melihat Husayn mengambil wuduk, bersolat, berwirid dan berdoa. Tambah menyedihkan, apabila ada soalan-soalan yang berbau sinis atau mencurigakan itu keluar daripada mulut seorang yang digelar ustaz.
Walaupun menerima layanan ‘pelik’ sebegitu, ia tidak melenturkan azam dan keteguhan iman anak muda ini. Malah Husayn lebih bersyukur dengan perubahan sama ada dari segi kerohanian mahupun penampilan fizikal yang diperoleh semenjak bergelar Muslim.
“Saya semakin mengingati Allah waima dalam apa juga keadaan sama ada susah atau sedang. Ayat al-Quran yang bermaksud: Tidak Aku jadikan manusia dan jin itu kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku, sentiasa menjadi panduan dan sempadan sebagai makhluk di muka bumi ini.
“Selain itu, saya juga dapat rasakan kematangan yang lahir dalam diri. Kalau sebelum ini, hidup saya hanya suka berseronok dan tidak fikir apa-apa tentang kehidupan, kini pandangan tentang matlamat kehidupan sudah jauh berbeza. Malah saya belajar hidup berdikari,” tambahnya.
Apa tidaknya, apabila Husayn mengucap syahadah, ayah memulaukan beliau tetapi alhamdulillah sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu dan imam banyak membantunya.
“Kemudian apabila bergelar anak perantau, setiap detik dalam hidup ini banyak mengajar saya erti kehidupan. Di Malaysia ini juga, umat Islamnya tidak ada alasan untuk tidak mendalami ilmu agama Islam. Terlalu banyak sumber yang boleh diperoleh. Hanya perlu tepuk dada tanya diri,” katanya.
Menjawab sama ada beliau berhasrat bergelar pendakwah, menurut Husayn sebelum boleh berdakwah kepada kelompok yang lebih besar, beliau perlu menyempurnakan diri dari segala segi. Contohnya untuk berdakwah kepada saudara baru ataupun mereka yang berminat dengan Islam, kaedah kekerasan adalah tidak bersesuaian.
Nasihat Husayn yang kini sedang rancak membuat rakaman program al-Quran dan tajwid sebanyak 52 siri terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim): “Janganlah ditakut-takutkan golongan saudara baru itu kerana dibimbangi mewujudkan kerisauan yang bakal menggugat tujuan pengislaman mereka.”

Rabu, Februari 11, 2009

Malaysia financial regulatory system sound: Stiglitz

ECONOMIC don, Joseph Stiglitz today praised Malaysia for its sound regulatory framework that had protected its financial system in difficult times and suggested that it should give technical assistance to the United States and some European countries.
He said some developing countries have better financial regulatory framework compared with the developed nations.
“Malaysia and India did a much better job than the US. They should give technical assistance to US and some European countries as they understand good banking much better,” he told reporters on the sideline of Bank Negara Malaysia High Level Conference 2009 in Kuala Lumpur.
However, he expects Malaysia to be affected by the current financial crisis due to its export dependency.

He said many developing countries were export-based and Malaysia was one of the most successful.
“But global trade is now contracting faster than global GDP and export dependent economies are expected to receive some of the whiplash.” — Bernama

Safiyah membunuh musuh Islam

SAFIYAH binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad. Ayahnya, Abdul Mutalib bin Hasyim adalah pemimpin kaum Quraisy yang disegani. Dia adalah adik kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar 'Singa Allah' dan digeruni oleh pihak musuh Islam. Safiyah melibatkan diri dalam perang mengikut batasan-batasan yang dibenarkan oleh Islam. Dalam Perang Uhud, Safiyah dan wanita Muslimah membantu tentera Islam yang berperang dengan memberikan air minuman dan merawat mereka yang luka.Pada awalnya, tentera Islam meriah kemenangan. Namun kemudian mereka ingkar perintah Nabi lalu turun dari Bukit Uhud bagi mendapatkan harta rampasan perang. Apabila pihak musuh melihat hanya tinggal seorang dua tentera Islam yang mengawal Bukit Uhud, mereka berpatah balik menyerang tentera Islam semula.

Akibatnya, tentera Islam mengalami kekalahan mengejut sehingga ramai tentera Islam lari menyelamatkan diri daripada dibunuh pihak musuh."Mengapa kamu semua lari dari medan perang dan meninggalkan Rasulullah seorang diri," jerit Safiyah dengan mengangkat tombak di tangan. Beliau mengarah kepada tentera Islam yang melarikan diri. Namun, tiada seorang tentera Islam yang mempedulikan jeritan Safiyah dan terus lari meninggalkan medan peperangan. Hanya beberapa pahlawan Islam bergadai nyawa menyelamatkan Nabi daripada kepungan tentera pihak musuh. Hamzah terbunuh dalam perang ini dan berita kematiannya sampai ke telinga Safiyah.

"Suruh ibu kamu pulang ke rumah supaya dia tidak sedih dan terkejut melihat keadaan mayat ayah saudara kamu yang diperlakukan dengan kejam," kata Nabi kepada Zubir apabila mengetahui Safiyah sedang menuju ke tempat jasad tentera-tentera Islam yang dikumpulkan untuk dikebumikan. "Nabi meminta ibu pulang ke rumah." Zubir menyampaikan pesanan nabi apabila bertemu dengan ibunya. "Ibu sudah mengetahui tentang keadaan mayat ayah saudara kamu. Insya-Allah, ibu dapat bersabar dan tabah melihat mayatnya sebelum dia dikebumikan," balas Safiyah dengan nada tenang. Sifat kepahlawanan Safiyah terserlah dalam perang Khandak. Apabila Nabi dan angkatan tentera Islam keluar dari kota Madinah bagi menentang pihak musuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dalam satu rumah sebagai benteng pertahanan. Hasan bin Thabit, penyair pada zaman itu ditugaskan bagi melindungi rumah itu daripada bahaya. "Saya mahu pergi mengintip rumah yang menjadi benteng pertahanan pihak Islam. Seandainya tidak ada kaum lelaki di dalam rumah itu, kita dapat serang dan menangkap semua kaum wanita dan kanak-kanak bagi dijadikan tebusan. Sudah tentu tentera Islam yang berjuang di luar itu mengaku kalah," kata ketua kaum Yahudi keturunan Quraizah kepada pengikutnya.

"Kami akan menunggu di bawah benteng ini dan menunggu arahan tuan," balas pengikutnya yang bersetuju dengan cadangan ketua mereka. "Saya melihat ada seorang Yahudi yang sedang mundar-mandir rumah kita. Saya bimbang sekiranya dia perisik kepada orang Yahudi berketurunan Quraizah," komen Safiyah kepada Hasan yang masih duduk mendiamkan diri. "Saya minta kamu keluar dari rumah ini dan bunuh Yahudi itu sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita semua," pinta Safiyah kepada Hasan yang belum menunjukkan apa-apa reaksi. "Kamu sahajalah keluar dan bunuh Yahudi itu," balas Hasan dengan muka bersahaja. "Kamu lupa saya ini adalah seorang wanita." Safiyah mengingatkan statusnya kepada Hasan apabila mendengar kata-kata Hasan itu.

"Safiyah, saya hanya penyair dan bukannya pahlawan. Seandainya saya pahlawan, sudah tentu saya mengikuti Nabi ke medan peperangan," Hasan mendedahkan perkara sebenar tentang dirinya. "Sekiranya begitu, biar saya mencari jalan lain bagi menghapuskan Yahudi itu." Safiyah kecewa dengan jawapan Hasan itu. Dia mencari sebatang kayu yang paling keras dan keluar dari rumah itu dengan penuh berhati-hati. Safiyah berjalan perlahan-lahan mencari orang Yahudi yang mengelilingi rumah itu. Apabila dia berjaya menemuinya, dia memukul kepala Yahudi itu dengan kuat sehingga Yahudi itu rebah menyembah bumi. "Saya sudah bejaya membunuh Yahudi itu. Sekarang, kamu pergi ambil barang-barang yang ada pada mayat Yahudi itu," kata Safiyah kepada Hasan. "Mengapa kamu tidak mengambil barang-barangnya selepas kamu membunuhnya tadi?" tanya Hasan dengan pantas. "Tidak manis sekiranya saya mengambil barang-barang daripada badan seorang lelaki," balas Safiyah dengan nada sindiran. "Saya tidak memerlukan barang-barang Yahudi itu. Kamu sahajalah ambil barang-barangnya," Hasan menolak permintaan Safiyah itu. Safiyah yang kecewa dengan kata-kata Hssan, keluar sekali lagi dari rumah itu. Dia menghampiri mayat Yahudi itu. Dia mencampakkan Yahudi itu ke bawah benteng itu.

"Lebih baik kita beredar dari sini. Saya rasa Rasulullah sudah menempatkan beberapa pahlawan Islam bagi melindungi kaum wanita dan kanak-kanak di rumah itu," lapor salah seorang Yahudi Bani Quraizah. "Lihat buktinya sekarang!" kata salah seorang pengikut mereka apabila melihat mayat ketua mereka di bawah benteng. "Mungkin benar kata kamu. Lebih baik kita melarikan diri sebelum kita menjadi mangsa pahlawan Islam," ajak seorang lagi pengikut kaum Yahudi yang mula melarikan diri. Safiyah adalah wanita Islam pertama yang berjaya membunuh musuh Islam. Dia tidak gentar walaupun tiada seorang lelaki pun yang membantunya semasa menghadapi Yahudi itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia (Ruangan Bicara Agama)

Selasa, Februari 10, 2009

Kutipan Jumaat Untuk Rakyat Palestin Berjumlah RM 2,728,675.78

PUTRAJAYA 1 Februari 2009 - Majlis Penyerahan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin oleh para jemaah masjid seluruh Malaysia telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Auditorium D8, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Jakim begitu berbesar hati menerima kehadiran tetamu kehormat iaitu Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Y.A.B Timbalan Perdana Menteri yang sudi menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir ialah Y.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Y.Bhg Datuk Mohamad Kamal Yan bin Yahya, Timbalan Ketua Setiausaha 2, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Ketua Pengarah Jakim, Y.Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Syeikh Abdul Aziz serta Yang DiPertua/Pengarah-Pengarah Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

PALESTIN P

Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang juga bertindak selaku penaung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin dalam ucapannya menyeru agar semua warga Malaysia bersama-sama menyumbang wang ringgit dan juga hendaklah sentiasa bersatu-padu bagi mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di negara ini. Y.A.Bhg Datin Paduka Seri turut menyatakan rasa syukur dan bangga kerana masjid-masjid di Malaysia bukan hanya berperanan sebagai tempat ibadat semata-mata bahkan telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sosial dalam menyemai nilai-nilai kemanusiaan, kebajikan dan kemaslahatan ummah.Sebanyak RM 2,728,675.78 telah berjaya dikumpulkan hasil kutipan 3 kali solat Jumaat di masjid-masjid seluruh Malaysia. Cek-cek sumbangan ini telah diserahkan kepada Wisma Putra untuk bantuan kemanusiaan di Palestin.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan Nakasutra, nyanyian puisi oleh Saudara Zubir Ali, deklamasi puisi oleh adik Nurul Atiqah binti Abd. Ghaffar dan diakhiri dengan tayangan klip video yang memaparkan penderitaan rakyat Palestin kesan dari serangan Zionis. Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail bin Muhammad telah menyentuh hati semua tetamu yang hadir. Jakim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia di atas kesudian menghulurkan bantuan bagi membantu mengurangkan kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestine. Semoga Allah akan menggantikan ganjaran dengan limpahan rahmatnya atas setiap bantuan yang dihulurkan.

Sumber : Laman web rasmi JAKIM

Ahad, Februari 08, 2009

Tel Aviv bangga Obama tunduk kepada Israel

Rumah Putih terus jadi boneka Zionis isu Gaza
BAITULMAQDIS: Peranan Amerika Syarikat sebagai boneka Israel terus terbukti apabila seorang jurucakap rejim Zionis itu menyatakan beliau tidak bimbang dengan pandangan pentadbiran Presiden Barack Obama terhadap serangan ke atas Gaza kerana Washington berada dalam genggaman Tel Aviv.
Laman web Daily.pk memetik Tzipora Menache sebagai berkata: "Anda tahu, Amerika yang bodoh juga tahu, kami mengawal kerajaan mereka, tidak kira siapa yang menduduki Rumah Putih. Saya tahu dan anda juga tahu tiada seorang pun Presiden Amerika boleh mencabar kami walaupun jika Israel melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Apa yang boleh mereka (Amerika) lakukan?
"Kami mengawal Kongres, kami mengawal media, kami mengawal dunia hiburan dan kami mengawal segala-galanya di Amerika. Di Amerika, anda boleh mengkritik Tuhan, tetapi bukan Israel."

Memberi komen mengenai serangan terbaru Zionis ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, stesen televisyen 10th TV, mendedahkan pasukan tentera Yahudi menggunakan sebahagian kekuatan pasukan udaranya dan melancarkan sekurang-kurangnya 2,500 serangan udara di wilayah itu.
Wartawan televisyen tentera itu menyatakan pesawat tempur Israel menggugurkan lebih sejuta tan bahan letupan, termasuk fosforus putih dan bom DIME, sepanjang tiga minggu serangan itu.
Katanya, bedilan yang dilepaskan kereta kebal, artileri, bot dan infantri tidak termasuk yang ditembak oleh tentera udara.

Selepas seminggu berterusan melancarkan serangan udara, Zionis menghantar tentera darat elit untuk membunuh penduduk Gaza. Bersenjatakan dengan senjata pemusnah besar-besaran terbaru, dilindungi oleh tentera udara dan diiringi hujan peluru artileri, mereka memandu kereta kebal masuk ke penempatan penduduk untuk membunuh mereka dan memusnahkan setiap struktur yang dilihat.
Walaupun tentera Israel diberi kedudukan setiap struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pesawat tempur F-16 berulang kali menggugurkan fosforus ke atas sekolah badan dunia itu kerana mengetahui ratusan kanak-kanak berlindung di situ.
Jurucakap Israel, Nachman Abramovic, berkata: "Mereka mungkin kelihatan muda tetapi mereka sebenarnya pengganas. � Agensi

 

Sumber dipetik dari Berita Harian, 8 Februari 2009

Gerhana Bulan Penumbra - 9 Feb 2009

Pada 9 Feb nanti, Bulan akan melintasi bayang-bayang penumbra Bumi dan menghasilkan fenomena Gerhana Bulan Penumbra. Bayang-bayang Bumi mempunyai 2 bahagian, iaitu umbra (bahagian paling gelap) dan penumbra (bahagian kurang gelap dan berada di sekeliling umbra).

Walaupun ia gerhana penumbra, namun Bulan akan melalui agak hampir dengan kawasan umbra. Kita akan dapat lihat Bulan kelihatan sompek sedikit di satu satu sisinya.Bulan mula memasuki bayang-bayang penumbra pada jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia. Kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 PM Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 PM Waktu Malaysia.Disebabkan kesan bayang-bayang penumbra hampir mustahil untuk dilihat dengan mata kasar, kita hanya dapat melihat kesannya apabila Bulan menghampiri kawasan umbra di antara jam 10:00 PM hingga 11:20 PM Waktu Malaysia. Perkiraan ini adalah ramalan sahaja.Ia juga bergantung kepada keadaan cuaca setempat.

gerhana 

Sumber : http://www.falak-online.net

Antara Islam, Pemimpin dan Keamanan.

Kita sudah sedia maklum akan situasi terkini politik ditanah air. Yang terbaru adalah situasi di negeri Perak. Kebiadapan dan ketidakpatuhan akan pemimpin telah mengambarkan akan sikap dan keangkuhan pemimpin-pemimpin yang terlalu “Bodoh”. Mereka tidak sedar akan kedurhakaan yang telah dilakukan. Tidak pernah menerima kegagalan dan sukar untuk bertimbang rasa. Apa yang berada dibenak mereka hanyalah kuasa dan kepentingan diri semata-mata. Memang tidak dinafikan bahawa dalam pakatan tersebut, ada parti yang hanya bijak berkata-kata, namun tidak berani untuk bersemuka. Tentatif bersemuka yang dimaksudkan adalah melalui prosedur dan kaedah yang betul dan tidak meminggirkan lunas-lunas agama. Apakah dengan merancang rusuhan atau rancangan yang tidak logik difikiran dapat menyelesaikan masalah? Apakah tiada keimanan yang menyinar pada diri mereka. Mereka sememangnya berani untuk merancang apa yang terlintas difikiran, namun tidak pernah memikirkan impaknya. Kuasa orang Melayu hanyalah pada naungan Kesultanan Melayu, jika tiada sistem Raja Berpelembagaan, tidak akan wujud negara Malaysia yang kita lihat kini. Peristiwa di Perak, secara langsung menunjukkan rakyat Perak yang menentang sultan / raja, tidak pernah mengenal erti sejarah dan mengambil pengajaran dari yang lalu. Dari sejarah, kita dapat menginsafi akan keberuntungan berada di sebuah negara yang aman dan damai. Sekiranya Sejarah dipinggir dan diketepikan, maka, jadilah kita seperti di negara berperang, tiada lagi keamanan dan kegembiraan. Yang pastinya…hanyalah tangisan dan penyesalan keakhirnya. Hargailah Keamanan yang dikecapi kini. Islam tidak pernah menganjurkan permusuhan sesama Muslim, tidak pernah sekali-kali membenarkan kita menderhakai 5 golongan yang utama, termasuklah pemimpin. Tiada pemimpin yang inginkan perpecahan dan kehancuran, melainkan pemimpin yang terlalu biadap dan sukar menerima hakikat akan kelemahan dirinya.

Technorati Tags:

Catatan Penulis.

Selasa, Februari 03, 2009

Disebalik Musibah

Di sini saya ada kisah dan renungan untuk dikongsi bersama

Dibawah adalah 1 artikel menarik yg boleh dikongsi bersama2.

Ia adalah terjemahan oleh Dr Stephen Carr Leon.

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Seterusnya…