Kita sudah sedia maklum akan situasi terkini politik ditanah air. Yang terbaru adalah situasi di negeri Perak. Kebiadapan dan ketidakpatuhan akan pemimpin telah mengambarkan akan sikap dan keangkuhan pemimpin-pemimpin yang terlalu “Bodoh”. Mereka tidak sedar akan kedurhakaan yang telah dilakukan. Tidak pernah menerima kegagalan dan sukar untuk bertimbang rasa. Apa yang berada dibenak mereka hanyalah kuasa dan kepentingan diri semata-mata. Memang tidak dinafikan bahawa dalam pakatan tersebut, ada parti yang hanya bijak berkata-kata, namun tidak berani untuk bersemuka. Tentatif bersemuka yang dimaksudkan adalah melalui prosedur dan kaedah yang betul dan tidak meminggirkan lunas-lunas agama. Apakah dengan merancang rusuhan atau rancangan yang tidak logik difikiran dapat menyelesaikan masalah? Apakah tiada keimanan yang menyinar pada diri mereka. Mereka sememangnya berani untuk merancang apa yang terlintas difikiran, namun tidak pernah memikirkan impaknya. Kuasa orang Melayu hanyalah pada naungan Kesultanan Melayu, jika tiada sistem Raja Berpelembagaan, tidak akan wujud negara Malaysia yang kita lihat kini. Peristiwa di Perak, secara langsung menunjukkan rakyat Perak yang menentang sultan / raja, tidak pernah mengenal erti sejarah dan mengambil pengajaran dari yang lalu. Dari sejarah, kita dapat menginsafi akan keberuntungan berada di sebuah negara yang aman dan damai. Sekiranya Sejarah dipinggir dan diketepikan, maka, jadilah kita seperti di negara berperang, tiada lagi keamanan dan kegembiraan. Yang pastinya…hanyalah tangisan dan penyesalan keakhirnya. Hargailah Keamanan yang dikecapi kini. Islam tidak pernah menganjurkan permusuhan sesama Muslim, tidak pernah sekali-kali membenarkan kita menderhakai 5 golongan yang utama, termasuklah pemimpin. Tiada pemimpin yang inginkan perpecahan dan kehancuran, melainkan pemimpin yang terlalu biadap dan sukar menerima hakikat akan kelemahan dirinya.
Catatan Penulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan