Assalamualaikum wbt. Kejadian Gerhana Bulan adalah salah satu dari rahsia alam semesta yang dicipta oleh Yang Maha Agung. Fenomena gerhana bulan tidak lagi asing dalam bidang astronomi. Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011.
Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat bagi mereka yang tinggal di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil. Di sini gerhana dapat dilihat ketika Bulan terbit di langit timur pada awal malam. Manakala penghujung gerhana penuh dapat dilihat oleh mereka yang tinggal di Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Mereka yang tinggal di sini dapat melihat gerhana penuh ketika Bulan terbenam di langit barat awal pagi. Mereka yang di Barat Eropah akan melihat Bulan terbit yang sedang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat Bulan yang gelap terbit di timur yang kebiasaannya kelihatan bulan penuh yang terang ketika fasa purnama. Kali ini Bulan kelihatan seolah-olah telah hilang cahayanya.
Di sini saya sertakan data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia dari laman web falak Malaysia.
Moon enters penumbra: 2011 Jun 16 01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16 02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16 03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16 04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16 05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16 06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16 07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s
Sumber & gambar dipetik dari :
1. http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhana-penuh-bulan-16-jun-2011
2. http://www3.falaksyari.org/
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_bulan
Sekian... Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan