Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Jun 18, 2011

Laporan Harian–Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2011 (Malam Perasmian Penutup)

Assalamualaikum wbt. Bersua lagi dalam laporan harian MTQ 2011 dari Kuching, Sarawak. Laporan harian ini akan dikemaskini setiap hari bermula 13 Jun 2011 sehingga 17 Jun 2011. Malamini merupakan malam perasmian penutup setelah 5 hari berkampung di Kuching, Sarawak.  

IMG-20110617-00785   IMG-20110617-00730IMG-20110617-00731   IMG-20110617-00732


~ Hari Terakhir - 17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432H, Jumaat ~

Aturcara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 pada malam penutup ini dicemar diri oleh Yang DiPertua Negeri Sarawak. Majlis dimulai setelah keberangkatan tiba Yang Dipertua di Dewan Majlis Agama Islam Sarawak dan disusuli oleh persembahan nasyid “Burdah Perjuangan” oleh Sinar Budaya Melayu Sri Aman dan “Panggilan Jihad” (Lagu Tema Tilawah) dari gabungan kumpulan nasyid Shoutul Hikmah / Bina dan Istaiqaza. Aturcara majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua MAIS/JAIS dan diikuti oleh Ketua Pegarah MAIS/JAIS merangkap pengerusi bersama induk MTQ 2011.

IMG-20110617-00739   IMG-20110617-00750IMG-20110617-00769   IMG-20110617-00779

Selesai penyampaian ucapan tersebut, Majlis mempersilakan Ketua Pengarah Jakim yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengumumkan keputusan Tilawah Al-Quran 2011 secara rasmi. Menurut beliau, seramai 15 Qari dan 14 Qariah yang telah sempurna memperdengarkan bacaan pada MTQ 2011. Dari segi hadiah & saguhati, masing-masing akan menerima Wang tunai RM 15,000, Pakej mengerjakan Haji, Piala Pusingan, Piala Iringan, cenderamata dan Sijil Penyertaan bagi Johan, dan Tempat Kedua menerima Wang tunai RM 7,000.00, Pakej mengerjakan Haji dan Sijil Penyertaan sementara Tempat Ketiga pula menerima Wang Tunai RM 5,000.00, Pakej mengerjakan Haji, cenderamata dan Sijil Penyertaan. Bagi peserta selain ketiga-ketiga tersebut iaitu Saguhati, masing-masing menerima Wang Tunai RM 2,000.00 cenderamata dan Sijil Penyertaan.

Penilaian Komen / Ulasan Hakim





Tajwid
  • Dapat kuasai dengan baik, semua Qari dan Qariah dapat memperolehi Markah 34 ke atas daripada 40% yang diperuntukkan.
  • Kurang cermat dalam sebutan Makhraj dan sifat huruf.
  • Terdapat kekurangan dalam hukum Mad & Ghunnah (sifat nipis dan tebal).






Tarannum
  • Keupayaan setanding antara satu sama lain.
  • Berupaya membawa lagu-lagu canggih dan menarik.
  • Ada peserta kurang memahami penguasaan seni lagu (burdah-burdah lagu kurang sempurna).
  • Ada peserta tidak dapat mengawal wazan nada suara dengan lagu yang dibawa.



Fasohah
  • Seramai 24 daripada 29 peserta meperoleh markah melebihi 15% daripada wajaran 20%.

  • Antara kekurangan sebahagian peserta adalah dari wakaf dan ibtida’.

Senarai Penuh Keputusan Rasmi MTQ 2011 – Klik DI SINI

Gambar Penyampaian Hadiah MTQ 2011 – Klik DI SINI


Sekian, Wassalam.

Gambar Ihsan dari RTM, Screen capture 17/6/2011

Tiada ulasan: