~ Hari Keempat – 16 Jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432H, Khamis ~
Aturcara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 pada malam keempat diteruskan dengan diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh 8 orang peserta iaitu 4 orang Qari dan 4 orang Qariah. Pada malam keempat ini juga, terdapat dua peserta iaitu Johan menunggu dari kategori Qari dan Qariah ( Hj. Wan Alimuddin dan Hjh Azrah Ayub). Wakil dari negeri Kelantan, Mohd Nazri Daud turut memperdengarkan bacaan selain tiga Qari dari negeri-negeri lain. Sebagaimana Majlis-majlis Tilawah Al-Quran sebelum ini, setiap peserta akan (telah) dinilai pemarkahan dari segi Fasohah, Tajwid, Tarannum dan sebagainya. Ia diadili oleh 15 orang hakim yang telah dilantik oleh Jawatankuasa MTQ yang mana dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM sendiri. Majlis Tilawah pada tahun ini telah merekodkan peserta termuda dari kategori Qariah yang mana diwakili dari Negeri Pahang. Cik Siti Husna, 19 tahun.
Peserta-peserta Malam Ketiga ialah :
Qari [ Johan Menunggu, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan ] ,
Qariah [ Johan Menunggu, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kedah ]
---------------------------
Keterangan Gambar (di atas)
1. Atas Kiri – Temubual bersama Cik Siti Husna, peserta termuda MTQ 54 2011
2. Atas Kanan – Urusetia (Pemarkahan peserta)
3 & 4. Tetamu di Dewan MAIS (JAIS)
Sekian, Wassalam.
* Illustrasi oleh : Screen capture RTM, TV1 (16/6/2011)
2 ulasan:
husna...orang bentong...i like..tahniah anak cikgu siti .harumkan name skolah ihsan dan matrik pahang
husna...orang bentong...i like..tahniah anak cikgu siti .harumkan name skolah ihsan dan matrik pahang
Catat Ulasan