Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, Julai 11, 2012

Laporan Hariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 (2012)–Malam Kelima. “Daily Report of 54th International Recital Assembly 2012–Fifth Night”

 

DSC_2569  DSC_2561

DSC_2596  DSC_2620

DSC_2621

Assalamualaikum wbt. Laporan harian MTQA ke 54 pada malam kelima (10 Julai 2012) diteruskan dengan seramai 10 orang peserta Tilawah selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Pada malam ini, seramai 7 orang Qari dan 3 orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan menjadikan jumlah peserta yang telah selesai bacaan adalah 45 Orang   ( 28 Qari, 17 Qariah ).

Pada malam ini juga, para tetamu dan peserta telah dihiburkan dengan persembahan nasyid (aturcara selingan) oleh Kumpulan Far-East dan Faqrur Raqib Majid. Antara lagu-lagu yang disampaikan adalah “Alhamdulillah”, Jilbab Putih, dan “Law Kana Baynana”.

Berikut Senarai Peserta Tilawah Malam Kelima.

No

Peserta

Negara

Bahagian

1

Kotoric Alen

Croatia

Qari

2

Hassan Basri Yusuf

Kemboja

Qari

3

Mariyam Suhana Aqil

Maldives

Qariah

4

Mohd Abdullah Kaleemi

India

Qari

5

Egzon Ibrahimi

Kosovo

Qari

6

Hasnae Khoulali

Maghribi

Qariah

7

Fazlul Hoq Mia

Bangladesh

Qari

8

Raden Harmoko Baharuddin

Indonesia

Qari

9

Ruqayah Muhammad Sylla

Vietnam

Qariah

10

Ebrahim Sulayman Jammeh

Gambia

Qari

DSC_2545  DSC_2552

DSC_2560  DSC_2566

DSC_2575  DSC_2581

DSC_2604  DSC_2612

DSC_2619  DSC_2628

Malam esok, malam keenam akan diperdengarkan lebih ramai Qari dan Qariah. Justeru itu, sama-samalah kita berkunjung ke Dewan Merdeka dan pada yang tidak berkesempatan, kami di Islamicworlds akan menyediakan laporan harian dari 6 – 13 Julai 2012. Laporan akan dikemaskini setiap jam 12.00 Malam. InsyaAllah.

* Kesemua gambar adalah rakaman daripada saluran RTM TV1 dan pihak JAKIM. Segala kesulitan amatlah dikesali. Hakcipta siaran langsung adalah RTM.

Tiada ulasan: