Assalamualaikum wbt. Laporan harian MTQA ke 54 pada malam kedua diteruskan dengan seramai 11 orang peserta Tilawah selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Pada malam ini, seramai 6 orang Qari dan 5 orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan menjadikan jumlah peserta yang telah selesai bacaan adalah 13 orang ( 7 Qari, 6 Qariah ).
Pada malam ini juga, para tetamu dan peserta telah dihiburkan dengan persembahan nasyid (aturcara selingan) oleh kumpulan nasyid yang tidak asing lagi dipersada seni Industri Nasyid negara iaitu Kumpulan Raihan. Lagu-lagu yang telah dibawa adalah “Assolatuwassalam, Puji-Pujian, Ching Ai Ching Ai dan Thank You Allah”.
Berikut Senarai Peserta Tilawah Malam Kedua.
No | Peserta | Negara | Bahagian |
1 | Muhammad Zul Fadhli Abdul Razak | Singapura | Qari |
2 | Nur Azizah Salihin | Singapura | Qariah |
3 | Abdallah Daud Muhammad | Tanzania | Qari |
4 | Mariam Hj. Yunus | Kemboja | Qariah |
5 | Mohamad Yusof Musa | Vietnam | Qari |
6 | Hamza Ha | Senegal | Qariah |
7 | Minhaj Fatima | India | Qariah |
8 | Abdul Khayev Mukhtadi | Tajikistan | Qari |
9 | Mussab Yousof El Tayed | Sudan | Qari |
10 | Khadija Bazher | Timor Leste | Qariah |
11 | Ahmed Syawusy | Algeria | Qari |
Malam esok, malam ketiga akan diperdengarkan lebih ramai Qari dan Qariah. Justeru itu, sama-samalah kita berkunjung ke Dewan Merdeka dan pada yang tidak berkesempatan, kami di Islamicworlds akan menyediakan laporan harian dari 6 – 13 Julai 2012. Laporan akan dikemaskini setiap jam 12.00 Malam. InsyaAllah.
* Kesemua gambar adalah rakaman daripada saluran RTM TV1 dan pihak JAKIM. Segala kesulitan amatlah dikesali. Hakcipta siaran langsung adalah RTM.
1 ulasan:
salam, boleh uploadkan video para peserta mtqa kali ke 54 ini. saya amat teruja:)
Catat Ulasan