Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Julai 13, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 (2012)–Malam Ketujuh. “Daily Report of 54th International Al-Quran Recital Assembly 2012–Seventh Night”

 

DSC_2835  DSC_2863

DSC_2878  DSC_2922

Assalamualaikum wbt. Laporan harian MTQA ke 54 pada malam ketujuh (12 Julai 2012) iaitu malam terakhir bagi para peserta memperdengarkan bacaan Al-Quran. Malam ini diteruskan dengan seramai 9 orang peserta Tilawah selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Pada malam ini, seramai 6 orang Qari dan 3 orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan menjadikan jumlah peserta yang telah selesai bacaan adalah 64 Orang ( 41 Qari, 23 Qariah ). Malam ketujuh / terakhir ini juga turut diperdengarkan dengan bacaan Qari dari tuan rumah (Malaysia) iaitu Saudara Muhammad Anuar Ghazali. Beliau merupakan Johan Qari MTQ Kebangsaan baru-baru ini dan berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim.

DSC_2907  DSC_2924

Pada malam ini juga, para tetamu dan peserta telah dihiburkan dengan persembahan nasyid (aturcara selingan) oleh Kumpulan Saujana. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah “Suci Sekeping Hati”, “Sifatullah 1”, “Patah Hati 2 ” dan “Ishtaqna 3 ”.


Berikut Senarai Peserta Tilawah Malam Ketujuh.

No

Peserta

Negara

Bahagian

1

Muhammad Anuar Ghazali

Malaysia

Qari

2

Ma Peng

R. China

Qari

3

Rahmawati Bakri Hunawa

Indonesia

Qariah

4

Mohamed AbdelAziz Ali Eldeeb

Mesir

Qari

5

Mogamed Magomedov

Rusia

Qari

6

Kamrunnahar Siddika

Bangladesh

Qariah

7

Elkhaldi Ahmed 4 (Al-Quran Braille)

Maghribi

Qari

8

Aneesah Jabaar

Afrika Selatan

Qariah

9

Ashrag Nazir

Maldives

Qari

DSC_2779  DSC_2804

DSC_2841  DSC_2860

DSC_2869  DSC_2879

DSC_2919  DSC_2928

DSC_2940

Secara keseluruhannya, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada kali ini adalah yang antara yang terbaik menurut pandangan peribadi penulis. Peningkatan dalam pembacaan Al-Quran secara bertarannum oleh setiap peserta adalah boleh dikatakan membanggakan walaupun terdapat segelintir peserta yang tidak memperdengarkan bacaan bertarannum sepenuhnya. Apa yang menarik perhatian penulis adalah peserta Qariah dari Maghribi dan beberapa peserta Qari dari Bosnia Herzegovina dan Kosovo. Selain peserta tuan rumah, terdapat beberapa negara Asia yang turut menyampaikan bacaan dengan baik seperti Qari/Qariah dari Negara Brunei Darussalam (kedua-duanya pernah menyertai MTQA sebelum ini 5), Qari/Qariah Negara Singapura, Indonesia dan Thailand.

Tuntasnya, dapat diringkaskan bahawa penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa buat kesekian kalinya telah berjaya melahirkan Qari dan Qariah yang diharapkan dapat menyebar-luaskan pembacaan Al-Quran secara bertajwid/bertarannum sepertimana yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Untuk makluman, pada malam terakhir esok, iaitu malam perasmian penutup dan penyampaian hadiah, ia bakal di rasmikan oleh Yang Dipertuan Agong. Kepada yang berdekatan dengan PWTC bolehlah meluangkan masa untuk memeriahkan Majlis Penutup tersebut. Dan kepada yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi PWTC mahupun menonton siaran secara langsung di TV1, Pihak IslamicWorlds akan membawakan laporan pada malam esok. Terima kasih kerana telah melayari Islamicworlds sepanjang MTQA berlangsung.

Wassalam.


* Kesemua gambar adalah rakaman daripada saluran RTM TV1 dan pihak JAKIM. Segala kesulitan amatlah dikesali. Hakcipta siaran langsung adalah RTM.

Tiada ulasan: