Assalamualaikum wbt. Laporan harian MTQA ke 54 pada malam keempat (9 Julai 2012) diteruskan dengan seramai 11 orang peserta Tilawah selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Pada malam ini, seramai 7 orang Qari dan 4 orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan menjadikan jumlah peserta yang telah selesai bacaan adalah 35 Orang ( 21 Qari, 14 Qariah ).
Pada malam ini juga, para tetamu dan peserta telah dihiburkan dengan persembahan nasyid (aturcara selingan) oleh Peserta Realiti TV Adik-adikku dan Kumpulan Hijjaz. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah “Menggapai Cita, Tell Me Why, Di bawah Satu Cahaya dan Awaken.
Berikut Senarai Peserta Tilawah Malam Keempat.
No | Peserta | Negara | Bahagian |
1 | Mohamad Samir Zeidan | Lebanon | Qari |
2 | Dkric Amina | Bosnia Herzegovina | Qariah |
3 | Mohd Shukri Ahmad Banba | Thailand | Qari |
4 | Mashitah Ibrahim | Thailand | Qariah |
5 | Yusoof Lehri | Myanmar | Qari |
6 | Fatma Awad Abdal Moneim Hamed | Sudan | Qariah |
7 | Sabah Abed Alwan | Iraq | Qari |
8 | Zamir Rakiev | Kyrgyzstan | Qari |
9 | Khatijah Osman | Vietnam | Qariah |
10 | Nurul Huda | Ghana | Qari |
11 | Ibrahim Bah | Guinea | Qari |
Malam esok, malam keelima akan diperdengarkan lebih ramai Qari dan Qariah. Justeru itu, sama-samalah kita berkunjung ke Dewan Merdeka dan pada yang tidak berkesempatan, kami di Islamicworlds akan menyediakan laporan harian dari 6 – 13 Julai 2012. Laporan akan dikemaskini setiap jam 12.00 Malam. InsyaAllah.
* Kesemua gambar adalah rakaman daripada saluran RTM TV1 dan pihak JAKIM. Segala kesulitan amatlah dikesali. Hakcipta siaran langsung adalah RTM.
1 ulasan:
Aslm! Saya cuma nak tahu surah yg dibaca oleh qari kosovo pada mlm ke 5
Catat Ulasan