Assalamualaikum wbt. Terima kasih diucapkan kepada peminat setia MTQA. Pada malam ini (13 Julai 2012), maka secara rasmilah Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada peserta-peserta yang telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran ke-54 ini. Dengan bertemakan “Al-Quran Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah”, penulis sejujurnya menyatakan setulus penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak, memandangkn tema yang dipilih tersebut telah tercapai dengan jayanya.
Sepanjang seminggu MTQA berlangsung, dapatlah disimpulkan bahawa, penganjuran yang sudah menjangkau ke 54 ini berjaya mencapai hasrat dan objektif utama MTQA. Dengan penyertaan dari 44 buah negara (keseluruhan), MTQA pada kali ini juga telah memperkenalkan penyertaan baru dari beberapa buah negara. Maka tidak hairanlah jika penulis berpendapat penganjuran kali ke 54 ini adalah yang terbaik pernah dianjurkan oleh negara yang kita sanjungi ini. Dari segi pemarkahan / penilaian Tilawah, pihak hakim telah menetapkan beberapa sudut penilaian khas seperti dari segi Tarannum, Tajwid, Fasohah dan seumpanya.
Berikut merupakan keputusan rasmi MTQA ke 54 (2012).
BAHAGIAN QARI
NO | PESERTA | NEGARA | MARKAH |
1 | Muhammad Anuar Ghazali | MALAYSIA | 95.33 |
2 | Amin Pouya Ameer | REP. IRAN | 91.67 |
3 | Raden Harmoko Bahruddin | INDONESIA | 90.16 |
4 | Ahmad Muhammad Al-Khalidi | MAGHRIBI | 89.84 |
5 | Ahmad Mailud Syawish | ALGERIA | 88.68 |
6 | Mohamed AbdelAziz Ali Eldeeb | MESIR | - |
7 | Mohd Shukri Ahmad Banba | THAILAND | - |
8 | Muhammad Saudi M. Gandisa | FILIPINA | - |
BAHAGIAN QARIAH
NO | PESERTA | NEGARA | MARKAH |
1 | Hasnaa’ Muhammad Khoulali | MAGHRIBI | 94.001 |
2 | Rahmawati Bakri Hunawa | INDONESIA | 94.002 |
3 | Hjh. Che Aminah Che Awang | MALAYSIA | 94.003 |
4 | Dayang Nurfaezah Hj. Emran | N. BRUNEI DARUSSALAM | 85.33 |
5 | Mashitah Ibrahim | THAILAND | 84.00 |
6 | Nur Azizah Salihin | SINGAPURA | - |
7 | Dkric Amina | BOSNIA HERZEGOVINA | - |
8 | Suraida A. Ampatua | FILIPINA | - |
1 Markah Tajwid : 38.67%
2 Markah Tajwid : 38.20%
3 Markah Tajwid : 38.17%
Tiada ulasan:
Catat Ulasan