Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Julai 13, 2008

Arkib Islam 4

Perang Hunain

Perang Hunain terjadi pada 3 Syawal tahun kelapan Hijrah, 15 hari setelah peristiwa Pembukaan Kota Makkah. Selepas Perang Uhud, ummat Islam sekali lagi telah mendapat pengajaran yang amat bernilai iaitu kuantiti bukan faktor utama kemenangan.

Semasa perang Hunain, diriwayatkan jumlah ummat Islam yang turut sama ikut keluar berperang tidak kurang dari 10 000 orang dan tentera kuffar hanyalah 2 puak kecil yang masih degil menentang Islam (puak Hawazan dan puak Tsaqif). Dengan jumlah tentera yang ramai, sebahagian ummat Islam sudah mula berasa bongkak dan takabbur sehingga lupa tentang pertolongan Allah SWT.

Allah telah menguji tentera Islam dengan jebakan (helah) tentera musuh dan tentera Islam telah masuk perangkap. Kacau bilau dan ramai yang melarikan diri. Tentera Islam terpaksa berundur dan menyusun strategi dan bertahan sehinggalah Allah SWT mengurniakan kemenangan untuk tentera Islam.

Arkib Islam 5

Lahirnya Imam Bukhari

RH Muhammad ibnu Ismail adalah nama sebenar Imam Bukhari RH. Beliau lahir di Bukhara, Uzbekistan pada 194H dan meninggal dunia pada 256H. Kitab beliau yang terkenal ialah Shahih Bukhari. Sehingga kini beliau masih berhak digelar 'Ulamak Hadis Nombor Satu'.

Seluruh hidup beliau dihabiskan untuk mengkaji, menghafaz dan mencatit hadis-hadis Rasulullah SAW. Hadis-hadis yang diriwayatkan beliau adalah hadis-hadis shahih.

Arkib Islam 2

Berlaku Perang Uhud

Peperangan yang memberi tamparan dan pengajaran yang amat bernilai bagi ummat Islam. Ummat Islam yang mendapat kemenangan yang besar pada awalnya tetapi bertukar menjadi kacau-bilau ditewaskan oleh tentera Quraiysh dengan sekelip mata. Dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini berlaku di sebuah tempat yang dinamakan Uhud dan dikelilingi dengan bukit (Bukit Uhud) pada tahun ke 3 Hijrah. Pihak kafir Quraiysh begitu bernafsu untuk membalas dendam atas kekalahan mereka di Perang Badar tahun lepas.

Rasulullah SAW telah memerintahkan tentera pemanah Islam supaya tidak meninggalkan posisi masing-masing walau apa pun yang berlaku. Disebabkan terpedaya dengan banyaknya harta rampasan perang, maka mereka membelakangkan arahan Rasulullah SAW dan meninggalkan bukit untuk mengutip harta rampasan. Maka tentera kafir Quraiysh berpatah balik dan mengambil posisi yang mereka tinggalkan dan mula menghujankan panah kepada tentera Islam yang sedang leka mengumpulkan harta rampasan perang. Kacau bilau tentera Islam dan banyak sahabat yang gugur syahid termasuklah Hamzah Asadullah, bapa saudara Rasulullah SAW.

Segera Rasulullah SAW menyusun semula tentera Islam dan berjaya menyekat kemaraan tentera kafir. Tamparan kepada ummat Islam bagaimana kemenangan bertukar kekalahan di saat tak sepatutnya kalah. Pengajaran kepada para sahabat dan ummat Islam seluruhnya bahawa kita perlulah sangat taat kepada Allah dan Rasul tidak cukup hanya dengan percaya sahaja.

Arkib Islam 3

Perang Khandak

Perang Khandak telah berlaku pada tahun yang kelima Hijrah. Ia juga dinamakan dengan peperangan Ahzab. Khandak membawa erti 'parit'. Nama ini diambil sempena peristiwa ummat Islam bersama-sama Rasulullah SAW telah menggali parit di sekeliling Madhinah untuk menghalang tentera kuffar dari melanggar Madhinah.

Dan dinamakan juga dengan peperangan Ahzab yang membawa erti 'bersekutu' kerana beberapa puak Quraiysh telah bergabung termasuklah beberapa puak Yahudi telah membentuk satu pakatan tentera bersekutu untuk melanggar Madhinah dan memerangi ummat Islam. Peperangan ini berlaku padatahun kelima Hijrah. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan tentera Islam dengan bantuan Allah SWT.

Arkib Islam 1

Dikurniakan hari perayaan, Aidilfitri.

Pada tahun ke 2 Hijrah, ummat Islam mula difardhukan dengan kewajipan puasa dan pada tahun itu juga Rasulullah mengishtiharkan bahawa 1 Syawal adalah hari kebesaran ummat Islam sebagai lambang kejayaan ummat mengharungi cabaran Ramadhan dengan jayanya. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari keduanya, yaitu hari raya Aidul- fitri dan Aidiladha".

Diriwayatkan dari Al-Nasa'i dan Ibnu Hibban dengan sanad shahih. Ummat Islam dikurniakan dengan 2 hari raya iaitu hari raya Aidilfitri yang dirayakan disetiap 1 Syawal dan hari raya Aidiladha yang disambut pada 10 Zulhijjah. Kedua-dua hariraya ini telah disambut penuh meriah oleh ummat Islam sehingga kini malah semakin hari semakin meriah. Namun begitu ummat Islam tidak patut lupa bahawa Rasulullah SAW juga telah mensyaratkan agar umat Islam bertakbir sepanjang menyambut dua hari perayaan tersebut. Sabda Rasulullah SAW: "Hiasilah hariraya kamu dengan takbir"

Khamis, Julai 10, 2008

Koleksi Menarik

Akan dimuatkan dalam masa terdekat, atau anda boleh mengemukakan sebarang bentuk media kepada pengarang untuk dimuatkan bersama. Apa tunggu lagi !

Versi Laman

Laman blog islamicworlds telah mengalami beberapa perubahan iaitu :

Versi 1.0 - Laman blog Berbahasa Inggeris sepenuhnya
Versi 1.12 - Laman blog Berbahasa Inggeris tanpa CCSMK
Versi 1.43 - Laman blog Berbahasa Melayu sepenuhnya.

Khamis, Julai 03, 2008

Peristiwa Bulan Rabiul Awal

Pengertian Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal. Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulanRabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
    Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.
    Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul
    pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan
    bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian
    Maulidur Rasul.


2.Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
   Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini
   bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.


3.Hijrah
   Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah
   sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan
   Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.


4.Peperangan.
   Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar(Ghatfan), ani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.


5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
    Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya
    Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.


6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah
    Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah
    saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau
    seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah
    Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.


7. Pembukaan Iraq
    Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi
    Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.


8. Pembukaan Baitul Muqaddis
    Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi
    pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.


9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
    Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.