Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Disember 11, 2011

Gerhana Bulan - Islam & Sains

Salam Tahun Baru Hijrah 1433... Bertemu kembali dalam coretan bingkisan islamik yang sudah sekian lama ditinggalkan. Tergerak disanubari penulis untuk menulis berkenaan Gerhana Bulan memandangkan penulis sendiri telah menyaksikan kebesaran Allah yang sungguh mengagumkan. Gerhana sebagaimana hadis ini,

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu termasuk tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya terjadi gerhana bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, jika kamu melihat keduanya gerhana, maka bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah! Wahai umat Muhammad, tidak seorang pun lebih cemburu daripada Allah, bila hambanya, lelaki mahupun perempuan, berbuat zina. Wahai umat Muhammad, demi Allah, seandainya kamu tahu apa yang ku ketahui, tentu kamu banyak menangis dan sedikit tertawa. Ingatlah! Bukankah aku telah menyampaikan". (Sahih Muslim No.1499)

Kejadian gerhana sama ada gerhana matahari atau bulan yang kita dapat saksikan adalah salah satu kebesaran Allah yang berkuasa diatas setiap sesuatu. Gerhana bulan dari perspektif sains adalah apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 10 Disember 2011. Fasa gerhana yang terakhir bermula pada jam 7.31 petang (10/12/11).

Berikut adalah Gerhana Bulan pada 10 Disember 2011.

Sumber :

1. http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhana-bulan-penuh-10-disember-2011

2. http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=118:10-terjemahan-hadits-dari-shahih-muslim-kirab- gerhana&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=13

Rabu, November 02, 2011

Disebalik Rasm Al-Quran


Ilmu Rasm jarang dibincang secara terbuka di masjid dan surau sebagaimana ilmu tafsir, fikah, tauhid dan lain-lain. Kebiasaannya ia dibincang di kelas pengajian al-Quran bersama dengan ilmu tajwid, dabt dan qiraat. Ramai masyarakat lebih tertumpu kepada memahami makna al-Quran. Ini selaras tujuan Quran diturunkan adalah menjadi panduan hidup. Selain itu, ia didorong oleh faktor guru yang ramai dan berkemampuan, di samping kitab tafsir yang banyak dan mudah didapati di pasaran.

Kandungan ilmu Rasm Quran adalah menghurai berkaitan hazf huruf, ithbat huruf, badal, berkaitan huruf hamzah, wasl, fasl (sambung dan pisah kalimah) dan berkaitan dua qiraat yang ditulis dengan satu tulisan. Ia lebih bersifat ilmiah dan amat sesuai dipelajari bagi yang mendalami tatacara penulisan al-Quran.

Namun ia adalah maklumat penting yang perlu ada untuk memahami cara penulisan al-Quran. Rasm al-Quran yang diamalkan dalam mushaf pada masa ini, bermula di zaman Rasulullah SAW. Kebanyakan ulama menyatakan ia adalah tauqifi. Rasulullah amat memberi perhatian kepada wahyu yang diturunkan kepadanya dan amat amanah dalam menyampaikan wahyu tersebut.

Baginda juga mengarah para sahabat menulis wahyu dan apabila siap menulis wahyu, baginda meminta penulis wahyu membacakan kepadanya bagi tujuan memastikan ia ditulis dengan tepat. Abdul Aziz al-Dabbagh menyatakan bahawa tidak ada seurat rambut pun bagi sahabat r.a dan yang lain dalam urusan penulisan al-Quran. Tetapi ia adalah tauqif daripada Rasulullah SAW. Bagindalah yang mengarah kepada mereka menulis mengikut keadaan tersebut sama ada menambah alif atau mengurangkannya.

Seterusnya baginda menyatakan jika susun atur al-Quran adalah mukjizat maka rasmnya juga adalah mukjizat.

Bagi mereka yang selalu membaca al-Quran dan memerhatikan bentuk tulisannya akan mendapati beberapa kelainan tulisan walaupun pada kalimah yang sama. Umpamanya kalimah Ibrahim di ayat 124, 125, 126 surah al-Baqarah di tulis dengan huruf ya' kecil antara huruf ha dan mim di atas kalimah. Tetapi kalimah Ibrahim dalam surah Maryam di ayat 41, surah Saffat ayat 83 ditulis dengan huruf ya' dalam kalimah.

Dalam bab tulisan ta' marbutah atau dipanggil ta simpul dan ta' maftuhah terdapat kalimah yang sama seperti syajarah yang bermaksud pokok. Dalam surah al-Israk ayat 60, syajarah ditulis dengan ta' marbutah. Begitu juga tulisannya dalam surah al-'Araf pada ayat 19, 20 dan 22. Tetapi dalam surah al-Dukhan ayat 43, kalimah syajarah ditulis dengan ta' maftuhah.

Bagi kalimah al-Quran yang terdapat dalam beberapa surah ditulis dengan dua bentuk. Pertama, ithbat alif selepas huruf hamzah seperti di ayat 9 surah Israk, ayat 77 surah al-Waqiah, ayat 21 surah al-Hasyr dan lain-lain. Bentuk kedua ditulis dengan hazf alif selepas huruf hamzah di dua tempat sahaja iaitu di ayat kedua surah Yusuf dan ayat ketiga surah al-Zukhruf.

Kesemua tulisan dalam al-Quran adalah tauqifi dan rahsia perbezaan tulisan dalam kalimah yang sama bentuk tulisan dan maknanya tidak diketahui secara jelas kehendaknya. Namun terdapat juga ulama yang menghurai maksud perbezaan tulisan tersebut. Rasm al-Quran adalah unik dan perlu kepada pengamatan dan jika susun atur kalimahnya mukjizat maka tulisannya juga adalah mukjizat.

Sumber dipetik dari Utusan Malaysia, catatan oleh Saudara Khairul Anuar Mohamad
Illustrasi oleh : muslimvideo.com

Rabu, Oktober 26, 2011

Haji : Satu Anugerah, Suatu Pengabadian


Assalamualaikum wbt, bersua kembali dalam "post" IslamicWorlds. Sudah sekian lama penulis tidak meleraikan tinta dihamparan digital ini. Terdetik disanubari penulis untuk mengisi kekosongan Aidiladha diblog ini walaupun sudah terdapat pelbagai nukilan diblog-blog lain sebelum ini. Kita sedia maklum akan musim Haji yang kini sedang ditempuhi oleh tetamu-tetamu Allah. Anugerah yang dikurniakan (menjadi tetamu-Nya) adalah suatu yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Penulis tidak dapat menggambarkan kegembiraan yang 'terpancar' diwajah-wajah bertuah ini. Hasrat untuk mengerjakan Haji sudah lama terpilis dilubuk hati ini, namun, keadaan yang masih belum mengizinkan untuk memenuhi rukun-rukun disebaliknya.

Dari segi Islamnya, Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demonstrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.

Tiap kali laungan "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak" kedengaran, hati ini menjadi sayu dan terasa diri ini adalah terlalu kerdil disisi Nya. Walaupun tidak berada di Tanah Suci, namun dalam diri ini terasa terlalu hampir dengan Baitillah. Tidak dapat digambarkan apa yang akan berlaku sekiranya penulis benar-benar disisi Baitillah... Apakah berderai air mata ini. Hanya Allah yang tahu betapa Rinduku pada Baitillah. Allahuakhbar !

Akhir tinta, penulis ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada tetamu-tetamu Allah dan Salam Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga Allah merahmati kita semua... Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam.


Anda boleh ke pautan ini sebagai maklumat tambahan mengenai Haji

Gambar ihsan : nasser-q8

Ahad, September 04, 2011

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ~ Hilangnya sebutir permata

 

"Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia Mahamulia lagi Maha Pengampun" (Surah Al-Mulk [67]: 1-2).1

Assalamualaikum wbt, bersua kembali setelah sempurna menjalani ibadat puasa dan meraikan Syawal yang mulia. Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf zahir & batin. Terdetik dilubuk hati penulis untuk menyediakan satu tajuk yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Walaupun tidak pernah mengenali / bersua dengan Allahyarham, penulis terasa begitu sebak apabila melihatkan kejadian yang telah mengorbankan salah seorang “pejuang” Islam ini. Semoga segala pengorbanan & kebaikan yang dimiliki oleh Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor dapat dihayati oleh setiap individu muslim. Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dapat menerima ujian ini dengan penuh kesabaran & ketabahan. InsyaAllah, Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Pemergian Arwah pada hari Jumaat, dalam bulan Syawal adalah suatu yang diredhai… Amin… Al-Fatihah  ;(

image

"Janganlah kamu menduga bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" (Surah Ali-'Imran [3]: 169).

mh_02.1      t1larg.noramfaizul.mohd.norNORAMFAIZUL

Allah berfirman,   "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan bahwa Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan), 'Janganlah kamu merasa takut dan jangan pula bersedih, serta bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepada kamu.'" Surah Fussilat (41): 30

 

* Pemenang MTQA 2011 akan menerima hadiah masing-masing selewat-lewatnya pada 15 September 2011.

Sabtu, Ogos 20, 2011

Dalil Pilihan 001 - Surah Al-Fatihah

Dalil berkaitan "Allah menjawab setiap ayat yang kita baca dalam solat"




Riwayat Muslim 3/94, hadis no 904

« قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى - وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ عَبْدِى - فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ). قَالَ هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ »

"Allah berfirman : Aku telah membahagikan solat antaraku dan antara hambaku dua bahagian. Dan bagi hambaku apa ia pinta. Maka apabila hamba berkata (Alhamdulillahirabbil alamin). Allah Taala menjawab : Hambaku memujiku. Dan apabila ia berkata (Arrahmanirrahim) Allah berfirman : Hambaku telah memuja muji ke atasku. Dan apabila ia berkata (Malikiyaumiddin), Allah menjawab : hambaku memuliakan aku -dan ia berkata hambaku menyerahkan kepadaku- Dan apabila dia berkata (Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in) Dia berfirman "Ini diantaraku dan antara hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang ia pinta". Dan apabila ia membaca (Ihdinassirotolmustaqim..........waladdollin) Maka Allah menjawab. Ini adalah untuk hambaku, dan baginya apa yang ia minta.

Sumber :
Petikan : http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/12/allah-menjawab-bacaan-fatihah-solat.html

Gambar : http://ahmadzaki.files.wordpress.com/2008/06/al-fatihah.jpg



Sabtu, Ogos 13, 2011

Pengunjung Bertuah bersempena MTQA 2011

Assalamualaikum wbt.

Bersua lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, pihak Islamicworlds telah menganjurkan cabutan bertuah bagi pengunjung-pengunjung yang telah mengunjungi blog ini. Justeru itu, dengan sukacitanya Islamicworlds mengumumkan Empat (4) orang pengunjung bertuah, di mana tiga daripadanya adalah pemenang kategori nombor bersiri (8888, 9000, dan 10,000) manakala seorang lagi adalah pemenang kategori IP.


Berikut adalah pengunjung-pengunjung yang bertuah :

1. Pn. Nur Jannah bt. Abdul Latif (Brunei Darussalam)-8,888


2. En. Rusdi Aiman bin Talha (Kelantan)-9,000


3. En. Mohd Safarin bin Mat Rajuli (selangor)-10,000


4. En. Hafizullah bin Mustafa (Johor Bahru)-IP

Sekalung Tahniah diucapkan.

* Hadiah akan dikirimkan dengan seberapa segera.


Terima Kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah mengunjungi blog ini. InsyaAllah, pihak Islamicworlds akan menganjurkan peraduan yang lebih menarik pada masa depan.


Syukran Jazillan.

Isnin, Julai 25, 2011

Senarai Penuh Peserta Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 53 (2011)–Full listing of International Al-Quran Recital Assembly participants 53rd Edition (2011). (Bahagian Qariah / Women’s)

 

* Peserta berikut adalah yang telah memperdengarkan bacaan. * All participants herein were successfully recites the Quran. (In Women’s Category)

NO F NEGARA (COUNTRY) NAME OF PARTICIPANT

1

pakistan%20small

Pakistan

Asmaz bt. Shahnawaz

2

indonesia%20small

Indonesia2

Hjh. Noor Khalidah Kapsul Anwar

3

philippines%20small

Philippines5

Rahima M. Panondiongan

4

singapore%20small

Singapore3

Nur Azizah Sholichin

5

maldives%20small

Maldives

Fathimath Shifana

6

mali%20small

Mali

Salimata Doukara

7

thailand%20small

Thailand

Karimah Hayibaraheng

8

croatia%20small

Croatia

Lamija Alili

9

malaysia%20small

Malaysia1

Hjh. Suraya bt. Abu Hassan

10

afghanistan

Afghanistan

Marziah Rahimi

11

cambodia

Cambodia

Oemmy Ly

12

bangladesh%20small

Bangladesh

Fatema Rohani

13

brunei

Brunei Darussalam4

YM Dayang Nurfaezah bt. Hj. Emran

14

south_africa%20small

South Africa

Mariam Yaseen

15

india%20small

India

Sidiqa Bano Mohd Sajid Faizi

16

sri-lanka

Sri Lanka

Fathima Rukaiya Afwan

17

bosnia-herzegovina%20small

Bosnia Herzegovina

Ehlimana Godinjak

18

gambia%20small

Gambia

Hasanatou Jalloy

Senarai Penuh Peserta Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 53 (2011)–Full listing of International Al-Quran Recital Assembly participants 53rd Edition (2011). (Bahagian Qari)

 

* Peserta berikut adalah yang telah memperdengarkan bacaan. * All participants herein were successfully recites the Quran. (In Men’s Category)

NO F NEGARA (COUNTRY) NAME OF PARTICIPANT

1

maldives%20small

Maldives

Mohammad Aslam

2

india%20small

India

Mohammad Sajid Faizi

3

bahrain%20small

Bahrain

Omar Mohammed

4

mozambique

Mozambique

Bachir Muamado

5

bangladesh%20small

Bangladesh

Md. Hamidulla Hafeez Qari Abdus Suban

6

mauritius%20small

Mauritius

Muhammad Zubair Karro

7

gambia%20small

Gambia

Omar Bajo

8

iran

Iran4

Hamid Redha Abbasi

9

iraq-flag-511-p

Iraq

Ammar Frayyeh Salman

10

bosnia-herzegovina%20small

Bosnia Herzegovina

Faris Godinjak

11

syria%20small

Syria

Amer Ribhi Athaya

12

guinea

Guinea Conakry

Mohamed Sekou Conde

13

pakistan%20small

Pakistan

Amjad Saeed

14

indonesia%20small

Indonesia

Hj. Muhammad Yusoff

15

singapore%20small

Singapore

Muhammad Sadid Abdul Latif

16

cambodia

Cambodia

Fahzy Tres

17

afghanistan

Afghanistan

Mohammad Sadiq Rahimi

18

croatia%20small

Croatia

Azizi Alili

19

egypt%20small

Egypt3

Abdel Bast Mohamed

20

qatar

Qatar

Mohammed Kassem Nh. Al-Qahtani

21

oman

Oman

Khalifa Musalem Al-Essae

22

south_africa%20small

South Africa

Mogamad Zain Alexander

23

greece%20small

Greece

Dr. Mochamet Rosdi Iman

24

philippines%20small

Philippines2

Saudi M. Gandisa

25

brunei

Brunei Darussalam5

YM Awang Hj. Ismail b. Hj. Sulaiman

26

burkina_faso%20small

Burkina Faso

Adama Doumbia

27

saudi

Saudi Arabia

Helal bin Hussein bin Yuseff Falemban

28

malaysia%20small

Malaysia1

Amirahman Abas

29

mali%20small

Mali

Abdoul Madjid Toure’

30

sri-lanka

Sri Lanka

Ahmed Murshid Mohamed Noorullah

31

sudan%20small

Sudan

Eitahir Mohamed Ibrahim

32

thailand%20small

Thailand

Romlee Leahmina Hasan

33

senegal%20small

Senegal

Ousmane Sylla

34

vietnam%20small

Vietnam

Sulaiman Abdul Halim

Ikuti Maklumat kami dalam emel anda !