Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Disember 11, 2011

Gerhana Bulan - Islam & Sains

Salam Tahun Baru Hijrah 1433... Bertemu kembali dalam coretan bingkisan islamik yang sudah sekian lama ditinggalkan. Tergerak disanubari penulis untuk menulis berkenaan Gerhana Bulan memandangkan penulis sendiri telah menyaksikan kebesaran Allah yang sungguh mengagumkan. Gerhana sebagaimana hadis ini,

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu termasuk tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya terjadi gerhana bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, jika kamu melihat keduanya gerhana, maka bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah! Wahai umat Muhammad, tidak seorang pun lebih cemburu daripada Allah, bila hambanya, lelaki mahupun perempuan, berbuat zina. Wahai umat Muhammad, demi Allah, seandainya kamu tahu apa yang ku ketahui, tentu kamu banyak menangis dan sedikit tertawa. Ingatlah! Bukankah aku telah menyampaikan". (Sahih Muslim No.1499)

Kejadian gerhana sama ada gerhana matahari atau bulan yang kita dapat saksikan adalah salah satu kebesaran Allah yang berkuasa diatas setiap sesuatu. Gerhana bulan dari perspektif sains adalah apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 10 Disember 2011. Fasa gerhana yang terakhir bermula pada jam 7.31 petang (10/12/11).

Berikut adalah Gerhana Bulan pada 10 Disember 2011.

Sumber :

1. http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhana-bulan-penuh-10-disember-2011

2. http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=118:10-terjemahan-hadits-dari-shahih-muslim-kirab- gerhana&catid=8:hadis-shahih-muslim&Itemid=13