Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, Oktober 26, 2011

Haji : Satu Anugerah, Suatu Pengabadian


Assalamualaikum wbt, bersua kembali dalam "post" IslamicWorlds. Sudah sekian lama penulis tidak meleraikan tinta dihamparan digital ini. Terdetik disanubari penulis untuk mengisi kekosongan Aidiladha diblog ini walaupun sudah terdapat pelbagai nukilan diblog-blog lain sebelum ini. Kita sedia maklum akan musim Haji yang kini sedang ditempuhi oleh tetamu-tetamu Allah. Anugerah yang dikurniakan (menjadi tetamu-Nya) adalah suatu yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Penulis tidak dapat menggambarkan kegembiraan yang 'terpancar' diwajah-wajah bertuah ini. Hasrat untuk mengerjakan Haji sudah lama terpilis dilubuk hati ini, namun, keadaan yang masih belum mengizinkan untuk memenuhi rukun-rukun disebaliknya.

Dari segi Islamnya, Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demonstrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.

Tiap kali laungan "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak" kedengaran, hati ini menjadi sayu dan terasa diri ini adalah terlalu kerdil disisi Nya. Walaupun tidak berada di Tanah Suci, namun dalam diri ini terasa terlalu hampir dengan Baitillah. Tidak dapat digambarkan apa yang akan berlaku sekiranya penulis benar-benar disisi Baitillah... Apakah berderai air mata ini. Hanya Allah yang tahu betapa Rinduku pada Baitillah. Allahuakhbar !

Akhir tinta, penulis ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada tetamu-tetamu Allah dan Salam Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga Allah merahmati kita semua... Amin Ya Rabbal Alamin.

Wassalam.


Anda boleh ke pautan ini sebagai maklumat tambahan mengenai Haji

Gambar ihsan : nasser-q8