Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Ogos 20, 2011

Dalil Pilihan 001 - Surah Al-Fatihah

Dalil berkaitan "Allah menjawab setiap ayat yang kita baca dalam solat"




Riwayat Muslim 3/94, hadis no 904

« قَالَ اللَّهُ تَعَالَى قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ ( الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى حَمِدَنِى عَبْدِى وَإِذَا قَالَ (الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ). قَالَ اللَّهُ تَعَالَى أَثْنَى عَلَىَّ عَبْدِى. وَإِذَا قَالَ (مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ). قَالَ مَجَّدَنِى عَبْدِى - وَقَالَ مَرَّةً فَوَّضَ إِلَىَّ عَبْدِى - فَإِذَا قَالَ (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ). قَالَ هَذَا بَيْنِى وَبَيْنَ عَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ. فَإِذَا قَالَ (اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ). قَالَ هَذَا لِعَبْدِى وَلِعَبْدِى مَا سَأَلَ »

"Allah berfirman : Aku telah membahagikan solat antaraku dan antara hambaku dua bahagian. Dan bagi hambaku apa ia pinta. Maka apabila hamba berkata (Alhamdulillahirabbil alamin). Allah Taala menjawab : Hambaku memujiku. Dan apabila ia berkata (Arrahmanirrahim) Allah berfirman : Hambaku telah memuja muji ke atasku. Dan apabila ia berkata (Malikiyaumiddin), Allah menjawab : hambaku memuliakan aku -dan ia berkata hambaku menyerahkan kepadaku- Dan apabila dia berkata (Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in) Dia berfirman "Ini diantaraku dan antara hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang ia pinta". Dan apabila ia membaca (Ihdinassirotolmustaqim..........waladdollin) Maka Allah menjawab. Ini adalah untuk hambaku, dan baginya apa yang ia minta.

Sumber :
Petikan : http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/12/allah-menjawab-bacaan-fatihah-solat.html

Gambar : http://ahmadzaki.files.wordpress.com/2008/06/al-fatihah.jpg



Sabtu, Ogos 13, 2011

Pengunjung Bertuah bersempena MTQA 2011

Assalamualaikum wbt.

Bersua lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, pihak Islamicworlds telah menganjurkan cabutan bertuah bagi pengunjung-pengunjung yang telah mengunjungi blog ini. Justeru itu, dengan sukacitanya Islamicworlds mengumumkan Empat (4) orang pengunjung bertuah, di mana tiga daripadanya adalah pemenang kategori nombor bersiri (8888, 9000, dan 10,000) manakala seorang lagi adalah pemenang kategori IP.


Berikut adalah pengunjung-pengunjung yang bertuah :

1. Pn. Nur Jannah bt. Abdul Latif (Brunei Darussalam)-8,888


2. En. Rusdi Aiman bin Talha (Kelantan)-9,000


3. En. Mohd Safarin bin Mat Rajuli (selangor)-10,000


4. En. Hafizullah bin Mustafa (Johor Bahru)-IP

Sekalung Tahniah diucapkan.

* Hadiah akan dikirimkan dengan seberapa segera.


Terima Kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah mengunjungi blog ini. InsyaAllah, pihak Islamicworlds akan menganjurkan peraduan yang lebih menarik pada masa depan.


Syukran Jazillan.