Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Jun 19, 2011

Keputusan Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-54, 2011 (Kuching, Sarawak)

 

BAHAGIAN QARI

No Nama Negeri Peratus, %  

1 [JOHAN]

Amirahman Hj. Abas

Negeri Sembilan

88.67

800px-Flag_of_Negeri_Sembilan_svg

2

Anuar Hasin

Perak

87.67

perak

3

Hj. Ahmad Tirmizi b. Hj. Ali

Terengganu

87

terengganu-flag

BAHAGIAN QARIAH

No Nama Negeri Peratus, %  

1 [JOHAN]

Hjh. Suraya Hj. Abu Hassan

Johor

87

Johor%20Flag_svg

2

Hjh Roziah Hj. Ayup

Sarawak

84.73

600px-Flag_of_Sarawak_svg

3

Hjh Nor Azrah Ayub

Johan Menunggu

84

-

JOHAN KESELURUHAN

No Kategori Negeri Markah Purata  
1 Keseluruhan Terengganu 83.84 terengganu-flag
 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
 
 
 
Sekian, Wassalam

Sabtu, Jun 18, 2011

Laporan Harian–Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2011 (Malam Perasmian Penutup)

Assalamualaikum wbt. Bersua lagi dalam laporan harian MTQ 2011 dari Kuching, Sarawak. Laporan harian ini akan dikemaskini setiap hari bermula 13 Jun 2011 sehingga 17 Jun 2011. Malamini merupakan malam perasmian penutup setelah 5 hari berkampung di Kuching, Sarawak.  

IMG-20110617-00785   IMG-20110617-00730IMG-20110617-00731   IMG-20110617-00732


~ Hari Terakhir - 17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432H, Jumaat ~

Aturcara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 pada malam penutup ini dicemar diri oleh Yang DiPertua Negeri Sarawak. Majlis dimulai setelah keberangkatan tiba Yang Dipertua di Dewan Majlis Agama Islam Sarawak dan disusuli oleh persembahan nasyid “Burdah Perjuangan” oleh Sinar Budaya Melayu Sri Aman dan “Panggilan Jihad” (Lagu Tema Tilawah) dari gabungan kumpulan nasyid Shoutul Hikmah / Bina dan Istaiqaza. Aturcara majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua MAIS/JAIS dan diikuti oleh Ketua Pegarah MAIS/JAIS merangkap pengerusi bersama induk MTQ 2011.

IMG-20110617-00739   IMG-20110617-00750IMG-20110617-00769   IMG-20110617-00779

Selesai penyampaian ucapan tersebut, Majlis mempersilakan Ketua Pengarah Jakim yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk mengumumkan keputusan Tilawah Al-Quran 2011 secara rasmi. Menurut beliau, seramai 15 Qari dan 14 Qariah yang telah sempurna memperdengarkan bacaan pada MTQ 2011. Dari segi hadiah & saguhati, masing-masing akan menerima Wang tunai RM 15,000, Pakej mengerjakan Haji, Piala Pusingan, Piala Iringan, cenderamata dan Sijil Penyertaan bagi Johan, dan Tempat Kedua menerima Wang tunai RM 7,000.00, Pakej mengerjakan Haji dan Sijil Penyertaan sementara Tempat Ketiga pula menerima Wang Tunai RM 5,000.00, Pakej mengerjakan Haji, cenderamata dan Sijil Penyertaan. Bagi peserta selain ketiga-ketiga tersebut iaitu Saguhati, masing-masing menerima Wang Tunai RM 2,000.00 cenderamata dan Sijil Penyertaan.

Penilaian Komen / Ulasan Hakim





Tajwid
  • Dapat kuasai dengan baik, semua Qari dan Qariah dapat memperolehi Markah 34 ke atas daripada 40% yang diperuntukkan.
  • Kurang cermat dalam sebutan Makhraj dan sifat huruf.
  • Terdapat kekurangan dalam hukum Mad & Ghunnah (sifat nipis dan tebal).






Tarannum
  • Keupayaan setanding antara satu sama lain.
  • Berupaya membawa lagu-lagu canggih dan menarik.
  • Ada peserta kurang memahami penguasaan seni lagu (burdah-burdah lagu kurang sempurna).
  • Ada peserta tidak dapat mengawal wazan nada suara dengan lagu yang dibawa.



Fasohah
  • Seramai 24 daripada 29 peserta meperoleh markah melebihi 15% daripada wajaran 20%.

  • Antara kekurangan sebahagian peserta adalah dari wakaf dan ibtida’.

Senarai Penuh Keputusan Rasmi MTQ 2011 – Klik DI SINI

Gambar Penyampaian Hadiah MTQ 2011 – Klik DI SINI


Sekian, Wassalam.

Gambar Ihsan dari RTM, Screen capture 17/6/2011

Jumaat, Jun 17, 2011

Laporan Harian–Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2011 (Malam Keempat)

Assalamualaikum wbt. Bersua lagi dalam laporan harian MTQ 2011 dari Kuching, Sarawak. Laporan harian ini akan dikemaskini setiap hari bermula 13 Jun 2011 sehingga 17 Jun 2011. Majlis yang bermula seawal 8.30 malam ini telah selesai diperdengarkan bacaan oleh 29 Qari dan Qariah (Hari terakhir sebelum Upacara Penutup).

IMG-20110616-00700   IMG-20110616-00705

IMG-20110616-00709   IMG-20110616-00691


~ Hari Keempat – 16 Jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432H, Khamis ~

Aturcara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 pada malam keempat diteruskan dengan diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh 8 orang peserta iaitu 4 orang Qari dan 4 orang Qariah. Pada malam keempat ini juga, terdapat dua peserta iaitu Johan menunggu dari kategori Qari dan Qariah ( Hj. Wan Alimuddin dan Hjh Azrah Ayub). Wakil dari negeri Kelantan, Mohd Nazri Daud turut memperdengarkan bacaan selain tiga Qari dari negeri-negeri lain. Sebagaimana Majlis-majlis Tilawah Al-Quran sebelum ini, setiap peserta akan (telah) dinilai pemarkahan dari segi Fasohah, Tajwid, Tarannum dan sebagainya. Ia diadili oleh 15 orang hakim yang telah dilantik oleh Jawatankuasa MTQ yang mana dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM sendiri. Majlis Tilawah pada tahun ini telah merekodkan peserta termuda dari kategori Qariah yang mana diwakili dari Negeri Pahang. Cik Siti Husna, 19 tahun.

IMG-20110616-00688   IMG-20110616-00689

IMG-20110616-00695   IMG-20110616-00699

IMG-20110616-00706   IMG-20110616-00707

IMG-20110616-00708   IMG-20110616-00713

Peserta-peserta Malam Ketiga ialah :

Qari [ Johan Menunggu, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan ] ,

Qariah [ Johan Menunggu, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kedah ]

---------------------------

Keterangan Gambar (di atas)

1. Atas Kiri – Temubual bersama Cik Siti Husna, peserta termuda MTQ 54 2011

2. Atas Kanan – Urusetia (Pemarkahan peserta)

3 & 4. Tetamu di Dewan MAIS (JAIS)

 


Sekian, Wassalam.


* Illustrasi oleh : Screen capture RTM, TV1 (16/6/2011)

Khamis, Jun 16, 2011

Astronomi - Gerhana Penuh Bulan (16 Jun 2011 bersamaan 14 Rejab 1432H)

Assalamualaikum wbt. Kejadian Gerhana Bulan adalah salah satu dari rahsia alam semesta yang dicipta oleh Yang Maha Agung. Fenomena gerhana bulan tidak lagi asing dalam bidang astronomi. Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011.


Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat bagi mereka yang tinggal di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil. Di sini gerhana dapat dilihat ketika Bulan terbit di langit timur pada awal malam. Manakala penghujung gerhana penuh dapat dilihat oleh mereka yang tinggal di Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Mereka yang tinggal di sini dapat melihat gerhana penuh ketika Bulan terbenam di langit barat awal pagi. Mereka yang di Barat Eropah akan melihat Bulan terbit yang sedang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat Bulan yang gelap terbit di timur yang kebiasaannya kelihatan bulan penuh yang terang ketika fasa purnama. Kali ini Bulan kelihatan seolah-olah telah hilang cahayanya.

Di sini saya sertakan data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia dari laman web falak Malaysia.

Moon enters penumbra: 2011 Jun 16 01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16 02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16 03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16 04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16 05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16 06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16 07:02:02

Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712

Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s


Sumber & gambar dipetik dari :
1. http://www.falak-online.net/portalfalak/gerhana-penuh-bulan-16-jun-2011
2. http://www3.falaksyari.org/
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_bulan


Sekian... Wassalam

Laporan Harian–Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2011 (Malam Ketiga)

Assalamualaikum wbt. Bersua lagi dalam laporan harian MTQ 2011 dari Kuching, Sarawak. Laporan harian ini akan dikemaskini setiap hari bermula 13 Jun 2011 sehingga 17 Jun 2011. Majlis yang bermula seawal 8.30 malam ini bakal diperdengarkan bacaan oleh 29 Qari dan Qariah.

IMG-20110615-00655    IMG-20110615-00671

IMG-20110615-00654    IMG-20110615-00660


~ Hari Ketiga - 15 Jun 2011 bersamaan 13 Rejab 1432H, Rabu ~

Aturcara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 pada malam ketiga diteruskan dengan diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh 9 orang peserta iaitu 4 orang Qari dan 5 orang Qariah. Daripada 29 orang peserta keseluruhan, sejumlah 8 orang peserta berbaki. Pada malam ketiga ini juga, peserta Qariah dari tuan rumah iaitu Negeri Sarawak turut memperdengarkan bacaan. Aturcara selingan iaitu persembahan nasyid pada malam ketiga dibawa oleh kumpulan “Istaiqaza”, yang mana telah mempersembahkan dua buah lagu “Lackadaisikal” dan “Iltizam Ummah”. Menurut pengacara Majlis, saudara Rizal Ramli, MTQ pada tahun ini adalah yang ketiga kali dianjurkan di Negeri Sarawak dengan julung kali diadakan di Dewan Majlis Agama Islam Sarawak.

IMG-20110615-00642    IMG-20110615-00651

IMG-20110615-00657      IMG-20110615-00667

IMG-20110615-00670      IMG-20110615-00680

IMG-20110615-00682      IMG-20110615-00683

IMG-20110615-00684

Peserta-peserta Malam Ketiga ialah :

Qari [ Wilayah Persekutuan, Sabah, Perak dan Pahang ] ,

Qariah [ Johor, Sarawak, Perlis, Melaka dan Selangor ]


Sekian, Wassalam.


* Illustrasi oleh : Screen capture RTM, TV1 (15/6/2011)

Selasa, Jun 14, 2011

Laporan Harian - Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 (Hari Kedua)

Assalamualaikum wbt. Bersua lagi dalam laporan harian MTQ 2011 dari Kuching, Sarawak. Laporan harian ini akan dikemaskini setiap hari bermula 13 Jun 2011 sehingga 17 Jun 2011. Majlis yang bermula seawal 8.30 malam ini bakal diperdengarkan bacaan oleh 29 Qari dan Qariah.

IMG-20110614-00640    Image009
IMG-20110614-00627    Image007


~ Hari Kedua - 14 Jun 2011 bersamaan 12 Rejab 1432H, Isnin ~

Aturcara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 pada malam kedua diteruskan dengan diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh 9 orang peserta iaitu 5 orang Qari dan 4 orang Qariah. Daripada 29 orang peserta keseluruhan, sejumlah 17 orang peserta berbaki. Pada malam kedua ini juga, peserta Qari dari tuan rumah iaitu Negeri Sarawak turut memperdengarkan bacaan selain kedua-dua Qari dan Qariah dari Negeri Terengganu. Majlis Tilawah pada malam ini diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan “In-Track” yang mempersembahkan dua buah lagu iaitu “Ku Cinta Islam” dan “Cahaya Dinanti”.

 

Peserta-peserta Malam Kedua ialah :

Qari [ Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Kedah dan Johor ] ,

Qariah [ Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Pahang ]

Keterangan Gambar

1. Atas Kanan : Bacaan oleh Qari Negeri Johor

2. Atas Kiri : Bacaan oleh Qariah Negeri Sabah

3. Bawah Kanan : Tetamu yang hadir

4. Bawah Kiri : Persembahan Nasyid In-Track

 


Sekian, Wassalam.


* Illustrasi oleh : Screen capture RTM, TV1 (14/6/2011)

Khamis, Jun 09, 2011

Hambamu - Lagu Tema Imam Muda (Sharing)





Tajuk : Hambamu
Artis : Mawi & Akil Hayy
Penerbit : ASTRO Entertainment Sdn. Bhd

--------------------------------------------------------

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


* Sekadar berkongsi :) Penulis



Sumber lirik : http://liriklagu.biz/lirik-lagu-hambamu-mawi-ft-akhil-hayy/
Sumber illustrasi : http://umikalsom89.blogspot.com/

Selasa, Jun 07, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 54 - 2011



Assalamualaikum, Majlis Tilawah / Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini bakal diadakan di Dewan Baru Majlis Islam Sarawak, Kuching bermula pada 13 sehingga 17 Jun 2011. Dengan bertemakan "1Malaysia 1Ummah",MTQ pada tahun ini diharapkan dapat memupuk minat & mempertingkatkan budaya membaca A-Quran serta memahaminya. Seramai 29 Qari dan Qariah akan memperdengarkan bacaan bermula pada hari pertama Majlis. Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Majlis selama 5 hari ini akan dibawakan secara langsung di kaca TV. Pihak kami akan berusaha untuk memberi liputan penuh bersempena MTQ 2011 kali ke 54 ini hanya di IslamicWorlds.blogspot.com, "Persada Ilmiah" anda...

Sekian Wassalam.


Sumber Illustrasi : MTQ Kebangsaan dari Universiti Teknologi Petronas. oleh www.cahayanika.com