Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, Jun 16, 2011

Laporan Harian–Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan 2011 (Malam Ketiga)

Assalamualaikum wbt. Bersua lagi dalam laporan harian MTQ 2011 dari Kuching, Sarawak. Laporan harian ini akan dikemaskini setiap hari bermula 13 Jun 2011 sehingga 17 Jun 2011. Majlis yang bermula seawal 8.30 malam ini bakal diperdengarkan bacaan oleh 29 Qari dan Qariah.

IMG-20110615-00655    IMG-20110615-00671

IMG-20110615-00654    IMG-20110615-00660


~ Hari Ketiga - 15 Jun 2011 bersamaan 13 Rejab 1432H, Rabu ~

Aturcara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 pada malam ketiga diteruskan dengan diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh 9 orang peserta iaitu 4 orang Qari dan 5 orang Qariah. Daripada 29 orang peserta keseluruhan, sejumlah 8 orang peserta berbaki. Pada malam ketiga ini juga, peserta Qariah dari tuan rumah iaitu Negeri Sarawak turut memperdengarkan bacaan. Aturcara selingan iaitu persembahan nasyid pada malam ketiga dibawa oleh kumpulan “Istaiqaza”, yang mana telah mempersembahkan dua buah lagu “Lackadaisikal” dan “Iltizam Ummah”. Menurut pengacara Majlis, saudara Rizal Ramli, MTQ pada tahun ini adalah yang ketiga kali dianjurkan di Negeri Sarawak dengan julung kali diadakan di Dewan Majlis Agama Islam Sarawak.

IMG-20110615-00642    IMG-20110615-00651

IMG-20110615-00657      IMG-20110615-00667

IMG-20110615-00670      IMG-20110615-00680

IMG-20110615-00682      IMG-20110615-00683

IMG-20110615-00684

Peserta-peserta Malam Ketiga ialah :

Qari [ Wilayah Persekutuan, Sabah, Perak dan Pahang ] ,

Qariah [ Johor, Sarawak, Perlis, Melaka dan Selangor ]


Sekian, Wassalam.


* Illustrasi oleh : Screen capture RTM, TV1 (15/6/2011)

Tiada ulasan: