Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Mac 21, 2009

Sinar Cahaya Ayat Kursi

image Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

quran-close-shot-8 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Rabu, Mac 11, 2009

Man, Language and Knowledge

Technorati Tags:

In the Holy Qur'an there are several occasions where one can find some accounts of Adam's encounter with man's nemesis, Iblis. Carefully attending to those accounts with intelligence, sincerity and honesty can surely help Muslims derive useful lessons, insights and reminders not only about human strength and potentials but also human weaknesses and vulnerability. One such account is comprised of verses 30 to 39 of the Second Chapter of the Qur'an, al-Baqarah. It is crystal clear from those pertinent verses that compared to other creatures, particularly the angels, man derives his superiority from the epistemic ability which God endowed in him.

 prev46 The Qur'an talks therein about Adam being taught by God the names of all things. The term for "name" in Arabic is ism (plural: asmaa'), a derivative of the root word wasm or simah, meaning "sign," "mark," or "brand." A name qua sign basically functions as an indicator to point to something so that the thing or object concerned may be found and subsequently grasped by man's searching mind. In fact, the human process of knowing the various objects of knowledge is almost inconceivable without involving any kind of language. Thus far, the human act of knowing almost always involves man's recognition of the various objects by their names. And scientific discoveries almost always result in naming things with terms that are scientifically befitting.  In short, the aforementioned episode gets to show the importance of language in Islam as a system of symbolic forms so indispensible for the human cognitive activities. Such a cognitive significance of language is further reinforced by the fact that man, insofar as the religious, intellectual and scientific tradition of Islam is concerned, has been essentially considered to be al-hayawan al-natiq, a living being that is possessed of speech (nutq), pointing thus to his rationality and intelligence---in short, a rational animal.

The term al-natiq, signifying a differentia distinguishing man from other animate beings, itself being a derivative of the root word nutq (the power to formulate meaning manifested as human speech), in fact marks the symbiosis between language and the mind. As Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas has aptly described in his Prolegomena to the Metaphysics of Islam, both the terms natiq and nutq when applied to man as his special differential "signify a certain power and capacity innate in man to articulate words or symbolic forms in meaningful patterns" (p.122). In fact, in the religious, intellectual and scientific tradition of Islam, logic as the science of thinking and discourse is referred to as ‘ilm al-mantiq, the word mantiq itself being another cognate word stemming from the same root.

a

Hence, not only is man, to somewhat use today's academic jargons, homo sapiens but he is also homo loquens.  He is homo loquens precisely because he is homo sapiens (from sapienta, scientia, etc.).  It also important for us to note that throughout this so-called dialogue between God and His somewhat disquiet angels, God clearly chose to emphasize His omniscience from amongst all His Attributes. In one instance, for example, while addressing the uneasiness of the angels concerning the fact that God had created a being who would make mischief on earth and shed blood despite them singing His praises and sanctifying Him, God asserts: "SURELY I KNOW THAT WHICH YE KNOW NOT." In another instance, after the angels had admitted both their ignorance and the fact that God is not only their Sole Source of Knowledge but is also All-Knowing, followed then by Adam's ability to demonstrate his epistemic superiority, God again declared to the angels: "DID I NOT TELL YOU THAT I KNOW THE SECRETS OF HEAVEN AND EARTH, AND I KNOW WHAT YE REVEAL AND WHAT YE CONCEAL?"

It is only then that God summoned them to bow down to Adam, to which they all willingly obeyed, except Iblis. It is very obvious therein that in affirming man's epistemic superiority and hence his nobility, God is invoking His supremacy in matters of knowledge and wisdom.  Such a Qur'anic event, therefore, serves as the best foundation for us to conclude that in matters of knowledge and understanding, one's professorial claim---or one's claim to authority---in any field of expertise, let alone in matters of guidance and life-orientation, must only be demonstrated in terms of wisdom, knowledge and proofs, and not in terms of power, wealth and lineage.  Should a Muslim's actions be otherwise, then such contrary practice simply betrays his digression from the parameters of truth as exemplified by the Qur'an.

Article courtesy of Dr. Mohd Zaidi b. Ismail (IKIM)

Mengembalikan Kejayaan Umat Islam

Sejarah menunjukkan bahawa hanya manusia yang mempunyai visi sahaja mampu hidup dalam kejayaan dan kebahagiaan. Kajian menunjukkan bahawa hanya 3% sahaja manusia yang benar-benar tahu apa yang mereka mahukan dan mereka mendapatkannya. Kenapa kita tidak mahu menjadi seperti mereka? Semenjak saya mula menulis blog ini, saya berjanji saya akan cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik setiap hari untuk membaiki diri saya. Saya percaya untuk menjadi seorang yang terbaik untuk diri sendiri, kita hendaklah mempunyai ketetapan hidup.
Ketetapan hidup saya ialah memberikan khidmat kepada orang lain sebagai simbol keimanan saya kepada tuhan. Apakah ketetapan anda? Apa yang kamu ingin capai dalam hidup anda?

pix_top_03106 Hanya kamu sahaja yang mampu menentukan apa yang kamu ingin lakukan dalam hidup ini. Hanya kamu sahaja yang menentukan hala tuju hidup kamu. Sebagai seorang Islam, saya percaya kamu mesti pernah dengar bahawa tanda orang beriman ialah terletak pada sifat tawakalnya. Biar sama mengilustrasikan sifat tawakal ini kepada kamu. Ada 2 orang petani yang benar-benar memerlukan hujan untuk tanaman mereka.

Mereka berdua berdoa kepada tuhan tetapi hanya seorang yang mencari sumber air, menyediakan tanahnya untuk ditanam, mencari benih dan lain-lain lagi. Mana yang anda rasa benar-benar mempunyai sifat tawakal. Petani yang melakukan segalanya atau tawakal sahaja semata-mata. Jika anda bertanya mana-mana orang Berjaya di dunia ini sama ada mereka pernah menulis impian mereka atau mereka pernah menetapkan sesuatu untuk hidup mereka. Mereka pasti akan megatakan ‘Ya’. Ini kerana mustahil bagi seseorang mencapai kejayaan tanpa mempunyai impian mereka sendiri.

Ada yang menganggap bahawa impian adalah ketetapan hidup mereka. Sebenarnya tidak. Impian hanyalah sebahagian daripada ketetapan hidup. Ketetapan hidup sebenarnya adalah prinsip yang anda kenakan terhadap diri sendiri. Kamu mesti mencari apakah tujuan kamu hidup di dunia ini dan bertindak berdasarkan prinsip yang telah anda tetapkan. Saya harap anda dapat mencari apa yang anda cari selama ini dan mencapai tujuan hidup kamu. Selamat Maju Jaya.

Kisah benar dari Palestin

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari.Berikut adalah kisah benar dari beliau dari pengalaman beliau di Gaza:

> > Peristiwa 1: Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka.Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia.Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya.Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran.Setelah habis adegan aneh itu,para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan!Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu???Allah hu Akhbar!

> > Peristiwa 2: Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakn uniform pejuang bewarna hijau!Siapakah yang berbaju putih itu???

> > Peristiwa 3: Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

> > Peristiwa 4: Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasaran nya iaitu anggota tentera mereka sendiri!Ia berpatah balik!!!Allah hu Akhbar!

> > Peristiwa 5: Pada permulaan perang,roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia.Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!!!

> > Peristiwa 6: Yang paling menakjubkan,seorang ulamak Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya.Ulamak itu berkata "Wahai Rasulullah,kemana kamu mahu pergi?",lalu baginda menjawab "Aku mahu berperang di Gaza!!!"...masyaAllah,Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza!!!Dimanakah kita???

> > Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Selasa, Mac 03, 2009

Maulidur Rasul 1430H

makk050

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan. Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah. Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.

Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka. Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Sumber : Jabatan Mufti Melaka

Ikuti Maklumat kami dalam emel anda !