Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, November 15, 2009

Platinum Park “A World Class Destination”

image

Platinum Park is an integrated high-end residential and commercial development within the prestigious Kuala Lumpur City Centre. With seven towers, namely two super condominium towers, a serviced apartment, a five star hotel and three Grade A office towers and a “necklace” of niche retail outlets within the development, it is destined to become an iconic development in Kuala Lumpur, Malaysia. Platinum Park will also feature a 1.5 acre central landscaped park at the heart of the development.

The first tower, a 50 storey known as “Menara Felda” was sold to FELDA in January 2008. The substructure is completed and now work has begun on the construction of the super-structure. Another 50 storey office tower was sold to the NAZA Group of companies whilst the adjacent 38 storey was sold to another institutional buyer. Substructure works for both towers have also commenced. The overall Platinum Park development is expected to be completed in 2018

Some features of Platinum Park KLCC:

  • High-end integrated residential & commercial development in KLCC
  • RM4.1-billion developments (U$ 1.2 Billion)
  • 9.1 acres
  • Completion for whole project on 2018
  • 3 condominium towers
  • 3 grade-A office blocks
    • 50-storey office tower – Menara Felda (Federal Land Development Authority)
    • 30-storey office building (Government-linked Company, to be confirmed)
    • 50-storey office tower – Naza Tower (Naza Group of companies)
  • 1 five-star hotel / serviced apartment tower
  • 1.5-acre landscaped park

Details : http://www.platinumpark.com.my

Isnin, November 02, 2009

Masjid Sheikh Zayed Al-Nahyan, Abu Dhabi UAE

 

2761941703_2572d848f6 MELINTASI dua jambatan utama Mussafah dan Maqta di ibu kota Emeriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi, susuk bangunan putih yang tersergam indah, pasti mencuri tumpuan setiap yang melintasi jalan sibuk tersebut.

Apa tidaknya, bangunan yang berdiri gah itu ialah Masjid Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan. Masjid indah yang mengambil sempena nama pengasas dan presiden pertama UAE, telah dibuka secara rasmi pada bulan Ramadan 2007. Ia juga dipanggil Masjid Agung oleh penduduk tempatan situ. Menurut pemandu yang membawa kumpulan media massa dari Malaysia, Indonesia dan Filipina, Masjid Sheikh Zayed bukan sahaja tersenarai antara masjid tercantik di dunia tetapi kedudukannya adalah dalam tangga lima teratas sebagai masjid terbesar di dunia. Ujarnya lagi, lawatan ke Abu Dhabi tidak akan bermakna dan tidak sempurna sekiranya tidak melawat ke masjid ini. Penulis mengakui ada logiknya juga saranan beliau itu, ini kerana dalam jadual lawatan, lokasi ini adalah senarai teratas tempat-tempat menarik di Abu Dhabi yang mesti dibuat liputan. Apa pun gelaran dan pencapaiannya, waima landskapnya yang belum siap sepenuhnya, namun senario di bahagian dalam masjid, memang jauh berbeza. Aspek keunikan seni bina dan reka bentuk yang ditonjolkan, gerenti membuat setiap pengunjung hilang kata-kata.

3089367420_f527599e02 Malah terik mentari di luar yang hampir mencecah 48 darjah Celsius, sedikitpun tidak menjejaskan tumpuan penulis berserta lima lagi wartawan yang hanya terkedu kaku, sambil mata meliar dan tidak mahu ketinggalan merakamkan sudut-sudut menarik di dalam masjid. Kunjungan rombongan media massa dari Asia Tenggara ini adalah atas undangan syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh Malaysia, AirAsia X, sempena pengumuman destinasi baru mereka iaitu ke Abu Dhabi, sebagai laluan pertama Air Asia ke Timur Tengah bermula November ini. Ketibaan rombongan kami disambut wanita manis berjubah hitam dari Lembaga Pelancongan Abu Dhabi (ADTA) yang hanya ingin dikenali sebagai Fatimah. Menurut beliau, reka bentuk Masjid Sheikh Zayed adalah ilham seni bina masjid Mughal dan Moor (Moorish). Ia juga jelas dipengaruhi dari Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan dan Masjid Hassan II di Casablanca di Maghribi.

"Reka letak kubah dan pelan lantai masjid ini adalah inspirasi dari Masjid Badshahi dan seni binanya pula adalah hasil ilham reka bentuk daripada Mughal dan Moor, terutamanya Masjid Badshahi dan Masjid Hassan II. "Pintu gerbangnya pula adalah contoh unggul pengaruh Moor dan menara (minaret) adalah daripada pengaruh Arab. Oleh itu, reka bentuk masjid ini paling tepat digambarkan sebagai gabungan seni bina Arab, Mughal dan Moor," terang Fatimah mesra.

Tambahnya, ADTA telah mengumumkan pembukaan masjid tersebut kepada para pelancong Islam dan bukan Islam bermula pertengahan Mac 2008 dengan harapan untuk mempromosikan kebudayaan dan pemahaman terhadap agama Islam. "Masjid Sheikh Zayed dilihat sebagai sebuah mercu tanda tersohor, kerana membawa sentuhan pelbagai kepakaran, rekaan, bahan binaan dari seluruh dunia seperti; Itali, Jerman, Maghribi, India, Turki, Iran, China, Greece dan tidak ketinggalan dari rantau Asia Barat sendiri.

"Reka bentuk seni bina masjid ini pada peringkat awalnya diilhamkan oleh arkitek berbangsa Maghribi. Pun begitu, sepanjang perkembangan pembinaannya terselit ciri-ciri global termasuk pada bahagian dinding luar yang menampilkan reka bentuk tradisional Turki. Malah penggunaan bahan-bahan semula menjadi pilihan iaitu; batu marmar, emas, batu permata, kristal dan seramik. "Uniknya juga, masjid ini mempunyai sebanyak 57 kubah meliputi bahagian laman luar dan bangunan utama. Kubah-kubah yang dihias indah dengan batu marmar putih berukiran. Bahagian laman dalamnya pula diturap dengan mozek dan marmar berwarna-warni dengan motif bunga-bungaan terbentang seluas 17,000 meter persegi.

3089380022_0c3b1a3f5e "Berbalik kepada kubah utama masjid ini, ia berukuran garis pusat 32.7 meter dan 70 meter tinggi dari dalam dan 85 meter dari luar," kata Fatimah yang sekaligus membolehkan ia diisytiharkan sebagai sebagai kubah yang terbesar di dunia. Di masjid ini juga terdapat sebanyak 1,096 tiang pada bahagian luar masjid dan 96 tiang di ruang solat utama yang menggunakan ukiran buatan tangan pada panel-panel batu marmar yang diselaputi dengan batu permata termasuk lapis lazuli, batu akik merah, batu kecubung dan mutiara. Di samping itu, empat menara (minaret) setinggi 115 meter didirikan pada setiap penjuru masjid. Tasik buatan seluas 7,874 meter persegi dengan kemasan lantai jubin berwarna gelap, kemas mengelilingi masjid. Kolam ini secara tidak langsung, memantulkan bayang-bayang indah masjid, lebih-lebih pada waktu malam. Masjid ini memukau dengan kilauan cahayanya yang terang benderang.

Bercerita tentang masjid, tidak lengkap sekiranya tidak disentuh tentang ruang solat utama. Masjid Zayed mempunyai ruang solat utama yang bukan sahaja luas tetapi menekankan ciri-ciri kemewahan. Apa tidaknya, hiasan dalamannya sahaja diperindahkan dengan penggunaan marmar putih bertatah reka bentuk motif bunga-bungaan yang menghiasi ruangan dewan solat. Manakala dinding dalam masjid, dihiasi dengan dekorasi 24 karat emas daripada kaca mozek. Ruang utama solat ini juga mengetengahkan permaidani Parsi buatan tangan yang terbesar di dunia. Seperkara lagi yang menakjubkan tentang Masjid Sheikh Zayed ialah berkenaan dengan tujuh buah lampu candelier yang dihiasi dengan saduran 24 karat emas yang diimport dari Jerman serta direka dengan kilauan kristal swarovski.

"Candelier paling besar yang digantungkan pada kubah utama masjid dikatakan sebagai paling besar di dunia dengan ukuran garis pusat 10 meter, 15 meter tinggi dan berat antara lapan hingga sembilan tan. "Manakala dinding kiblat yang berukuran 23 meter tinggi dan 50 meter lebar, menggunakan dekorasi yang agak sederhana, supaya tidak mengganggu konsentrasi serta kekhusyukan ketika solat.

facts

"Bagaimanapun, penggunaan 99 nama Allah pada dinding kiblat dengan kaligrafi kufi tampak menarik dengan iluminasi menggunakan pencahayaan fiber optik. 24 karat emas, daun emas dan mozek kaca emas turut digunakan di bahagian mihrab," kata Fatimah. Kami turut terpegun berada di ruang solat utama ini terutamanya sebaik melihat 80 panel Iznik yang dihiasi dengan jubin seramik yang popular pada kurun ke-16, mengetengahkan ciri-ciri utama empayar kerajaan Istanbul dan bangunan-bangunan agama. Kami difahamkan bahawa ia adalah seni ukiran asli, setiap jubin telah direka bentuk oleh pakar kaligrafi berbangsa Turki bernama, Othman Agha. Tiga jenis kaligrafi tulisan kufi, Nasakh dan Tuluth digunakan pada setiap sudut masjid dan diukir oleh Mohammed Mendi (UAE), Farouk Haddad (Syria) dan Mohammed Allam (Jordan).

Masjid Sheikh Zayed dikatakan mampu menampung lebih 40,000 jemaah, merangkumi dewan solat utama dan laman dalam. Pada dewan solat utamanya sahaja boleh menempatkan lebih 9,000 jemaah pada satu-satu masa. Dua buah bilik yang terletak bersebelahan dengan ruang solat utama itu pula, masing-masing boleh menampung seramai 1,500 orang dan ia dikhaskan untuk kaum wanita. Sungguhpun Masjid Sheikh Zayed ini telah dibuka kepada umum, namun persekitarannya masih dalam pembinaan. Dimaklumkan, apabila siap sepenuhnya, masjid ini akan dikelilingi dengan pancuran air dan taman-taman hijau.

Sumber : Utusan Malaysia 2009

Masjid Besi (Steel Mosque), Putrajaya, Malaysia

3844615968_ac2b83ec7d_b

SEKIRANYA masjid lain di Malaysia lebih banyak menggunakan gabungan elemen Monghul, Uthmaniyah dan Eropah, masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya ini sebaliknya berbeza.

Menjadikan ayat 57 surah al-Baqarah sebagai teras pembinaan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mula beroperasi pada 1 Ramadan lalu memberi signifikan dari segi kerohanian, teknologi dan arkitektur.Dikenali juga sebagai Masjid Besi, masjid yang dibina di tepi tasik dan terang-benderang pada waktu malam ini berupaya menampung seramai 50,000 jemaah. Udaranya yang kekal nyaman walaupun tanpa pendingin hawa atau kipas ternyata memberi keselesaan kepada jemaah.

Anyaman besi tahan karat

Aspek terbuka cukup ketara sebaik sahaja pengunjung menjejakkan kaki ke dalamnya. "Tiada struktur konkrit besar digunakan di ruang solat utama. Ini menjadikan ruang ini lebih berangin sementelah ia terletak di tepi tasik. "Justeru, gabungan lantai marmar serta angin tasik membuatkan ruang tersebut sentiasa nyaman," ungkap Ridzwan. Masjid ini menggunakan 70 peratus besi atau anggaran sebanyak 6,000 tan besi keluli sebagai bahan binaan utamanya manakala selebihnya adalah konkrit.

Malah besi tersebut juga memudahkan arkitek mereka bentuk gerbang masuk dengan lebih teliti, halus dan berseni. Tambah Ridzwan, meskipun masjid ini menggunakan konsep terbuka, dengan adanya skrin Mashrabiyah, jemaah tidak perlu gusar apabila hujan. "Fungsi utama kombinasi anyaman besi tahan karat atau Architectural Woven Wire Mesh dan steel latticework yang diimport dari Jerman ini ialah sebagai penahan tempias hujan di ruang solat utama. Ia juga membenarkan cahaya dan tiupan angin menembusinya," ujarnya.

IMG_5236

Menyentuh mengenai aspek perapian, kepingan cermin yang berukir ayat-ayat suci al-Quran di Dinding Mihrab adalah bersifat antipantulan cahaya. Secara tidak langsung, ciri tersebut menjadikan tulisan khat tersebut kelihatan seolah-olah terapung. Di bahagian luar, jejantas Kiblat Walk yang menghubungkan Dataran Putrajaya dengan bangunan masjid menambahkan lagi keistimewaan Masjid Besi. Jejantas seluas 13,639 meter persegi itu dihiasi kolam air di tepiannya.

Jemaah juga perlu melalui Iwan Utama atau pintu gerbang utama menuju ke laman yang dikenali sebagai 'Sahn'. Binaan konkrit putih itu dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Allah, Asma ul-Husna. Masjid ini mempunyai tiga gerbang utama dan setiap satunya selari antara satu sama lain dan berada dalam kedudukan lurus hingga ke ruang utama solat."Dengan adanya laluan ini, para jemaah dari Dataran Putrajaya terutama kakitangan kerajaan hanya perlu berjalan kaki untuk mengunjungi masjid ini dan sekali gus mengurangkan masalah meletak kenderaan.

Taman mini Sahn

Sahn pula ialah satu ruang terbuka di luar masjid yang perlu dilalui sebelum jemaah memasuki ruang solat utama. "Ia seolah-olah sebuah taman mini yang membolehkan pengunjung berehat atau kanak-kanak bermain sementara menanti ibu bapa beribadat," kata Ridzwan. Elemen utama masjid iaitu kubah turut dititikberatkan. Dengan garis pusat 48 meter, arkiteknya memilih bahan besi tahan karat. Bagi memastikan strukturnya kalis air dan mengelakkan kebocoran, kubah itu diliputi sebanyak tiga lapisan lengkap dengan titi khas bagi kerja-kerja penyelengaraan.