Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Julai 31, 2009

MTQK-52 Catat Rating Penonton Tertinggi

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 Tahun 1430H/2009M yang telah diadakan di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, Bandar Sri Iskandar, Perak Darul Ridzuan telah mencatatkan rekod penonton yang tertinggi sepanjang berlansungnya majlis tersebut.

Menurut sumber, majlis tilawah yang disiarkan secara lansung di TV1 itu mencatatkan rating penonton sebanyak 811,522 orang menjadikannya rancangan yang paling gemar ditontoni oleh rakyat Malaysia sepanjang minggu tersebut.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri pada 14 Julai 2009 sementara majlis penutupnya pula telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Pada majlis tersebut qari dari Sarawak; Awangku Omar Asfuaddin bin Awang Hamdan manakala qariah dari Perak; Cik Sharifah Khasif Fadzillah binti Syed Badiuzzaman telah diumumkan sebagai johan bagi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini. Mereka akan mewakili Malaysia dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan berlansung 5 hingga 12 Ogos 2009.

        


Sumber dipetik dari : Unit Perhubungan Awam JAKIM  

Tiada ulasan:

Ikuti Maklumat kami dalam emel anda !