Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Jun 14, 2011

Laporan Harian - Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 (Hari Kedua)

Assalamualaikum wbt. Bersua lagi dalam laporan harian MTQ 2011 dari Kuching, Sarawak. Laporan harian ini akan dikemaskini setiap hari bermula 13 Jun 2011 sehingga 17 Jun 2011. Majlis yang bermula seawal 8.30 malam ini bakal diperdengarkan bacaan oleh 29 Qari dan Qariah.

IMG-20110614-00640    Image009
IMG-20110614-00627    Image007


~ Hari Kedua - 14 Jun 2011 bersamaan 12 Rejab 1432H, Isnin ~

Aturcara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2011 pada malam kedua diteruskan dengan diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh 9 orang peserta iaitu 5 orang Qari dan 4 orang Qariah. Daripada 29 orang peserta keseluruhan, sejumlah 17 orang peserta berbaki. Pada malam kedua ini juga, peserta Qari dari tuan rumah iaitu Negeri Sarawak turut memperdengarkan bacaan selain kedua-dua Qari dan Qariah dari Negeri Terengganu. Majlis Tilawah pada malam ini diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan “In-Track” yang mempersembahkan dua buah lagu iaitu “Ku Cinta Islam” dan “Cahaya Dinanti”.

 

Peserta-peserta Malam Kedua ialah :

Qari [ Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Kedah dan Johor ] ,

Qariah [ Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Pahang ]

Keterangan Gambar

1. Atas Kanan : Bacaan oleh Qari Negeri Johor

2. Atas Kiri : Bacaan oleh Qariah Negeri Sabah

3. Bawah Kanan : Tetamu yang hadir

4. Bawah Kiri : Persembahan Nasyid In-Track

 


Sekian, Wassalam.


* Illustrasi oleh : Screen capture RTM, TV1 (14/6/2011)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, ya sama2...semoga saudara istiqamah..supaya banyak yg mendapat manfaat..amin

haikal berkata...

Salam, ya sama2...semoga saudara istiqamah..supaya banyak yg mendapat manfaat..amin