Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, Jun 07, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke 55 (2012M / 1433H)–Hari Ketiga

 

DSC_1629  DSC_1633

DSC_1663  DSC_1637

DSC_1660  DSC_1646

Assalamualaikum wbt. bertemu kembali dalam laporan harian MTQK 2012 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor. Pada malam ketiga, iaitu 6 Jun 2012 bersamaan 16 Rejab 1433H, seramai 8 orang peserta Tilawah telah selesai memperdengarkan bacaan masing-masing yang terdiri dari empat orang Qari dan empat orang Qariah serta menjadikan jumlah peserta yang telah memperdengarkan bacaan sehingga hari ketiga adalah seramai 19 orang dengan 10 Qari dan 9 Qariah.

DSC_1615  DSC_1624

DSC_1674  DSC_1682

DSC_1611  DSC_1619

DSC_1667  DSC_1678

 

Pada malam ketiga, peserta-peserta yang telah selesai adalah seperti berikut :-

Qari :

1) Hj. Ismail Hashim [PERLIS]

2) En. Dzafarul Idham Mohd Fauzi [PULAU PINANG]

3) En. Mohd Safwan Mahli [SARAWAK]

4) En. Abdul Hanis Mohd Daud [NEGERI SEMBILAN]

 

Qariah :

6) Hjh. Norliza Hj. Tajudin [NEGERI SEMBILAN]

7) Hjh. Che Aminah Che Awang [WILAYAH PERSEKUTUAN]

8) Cik Awatif Abdul Majid [PULAU PINANG]

9) Hjh. Nisah@Hanisah Abdullah [JOHOR]

Persembahan nasyid pada malam ini adalah dari Kumpulan Soleh In, Kumpulan Afhdal dan Kumpulan Sautul Muallimi. Masing-masing telah mempersembahkn lagu-lagu nasyid yang bertajuk “Tangguh Solat”, “Perjalanan 2” dan “Taubat”.

* Gambar adalah sepertimana yang direkod dari ihsan RTM 1, JAKIM

Tiada ulasan: