Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Jun 08, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke 55 (2012M/1433H), Malam Keempat

 

DSC_1949  DSC_1967

DSC_1976  DSC_1982  DSC_1951

Assalamualaikum wbt. bertemu kembali dalam laporan harian MTQK 2012 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor. Pada malam keempat, iaitu 7 Jun 2012 bersamaan 17 Rejab 1433H, seramai 8 orang peserta Tilawah telah selesai memperdengarkan bacaan masing-masing yang terdiri dari empat orang Qari dan empat orang Qariah serta menjadikan jumlah peserta yang telah memperdengarkan bacaan sehingga hari kempat adalah seramai 27 orang dengan 14 Qari dan 13 Qariah. Malam keempat ini merupakan malam terakhir bagi setiap peserta memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim sebelum Majlis Penutupan Rasmi pada 8 Jun 2012 (Jumaat).

DSC_1946  DSC_1999

DSC_1961  DSC_1985

DSC_1955  DSC_1994

DSC_1964  DSC_2000

Pada malam keempat, peserta-peserta yang telah selesai adalah seperti berikut :-

Qari :

1) En. Zainuddin Abd Rahman [WILAYAH PERSEKUTUAN]

2) En. Mohamad Raffe Ghalil Abas [SABAH]

3) En. Muhammad Anuar Ghazali [KELANTAN]

4) En. Muhamad Khairul Latif [JOHOR]

 

Qariah :

6) Siti Husna Hassan [PAHANG]

7) Puteri Kalimatul Azzua Hamid [PERAK]

8) Suhailah Zulkifly [PULAU PINANG]

9) Siti Mas Ismail [TERENGGANU]

Persembahan nasyid pada malam ini adalah dari Kumpulan Izdan dan Kumpulan Az-Zikr. Masing-masing telah mempersembahkn lagu-lagu nasyid yang bertajuk “Insan”, “Taubatku” dan “Aku Mohon”.

* Harap maaf, kualiti gambar adalah tidak memuaskan memandangkan terdapat kesilapan teknikal dari pihak Islamicworlds sendiri.

 

* Gambar adalah sepertimana yang direkod dari ihsan RTM 1, JAKIM

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada video bacaan qari/qariah utk mtq kebgsaan kali ni x?

ismikhair ibn berkata...

Assalamualaikum, kpd yg bertanya, video MTQK 2012 tidak dapat dirakamkn atas masalah2 tertentu. Walaubagaimanapun pihak kami akan merakamkan MTQ Antarabangsa 2012 yang bakal diadakan nanti. Terima Kasih dan teruskan kesetiaan anda bersama kami.

Ikuti Maklumat kami dalam emel anda !