Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Jun 09, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan ke 55 (2012M/1433H)-Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah

 

Assalamualaikum wbt. Bertemu lagi dalam MTQK ke 55 (2012/1433H) dari Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor, Johor Bahru. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah pada malam ini telah disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Sultanah Johor.Majlis ini juga turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Bridegar Jeneral Dato’ Khir Jamil Baharom dan Ketua Pengarah JAKIM. Antara tetamu kehormat yang lain adalah Mufti Negara Brunei Darussalam dan wakil Kedutaan Iran di Malaysia.

Aturcara majlis penutupan ini diserikan juga dengan persembahan nasyid oleh gabungan kumpulan Nasyid.

Berikut merupakan keputusan rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke 55 (2012/1433) yang telah diumumkan.

BAHAGIAN QARI

NO

PESERTA PERATUSAN %

1

Muhammad Anuar Ghazali [KELANTAN]

93.66

2

Zul-Hasyimi Mohamed Yunus [PAHANG]

87.99

3

Mohamad Raffe Ghalil Abbas [SABAH]

86.68

 

BAHAGIAN QARIAH

NO

PESERTA PERATUSAN %

1

Hjh. Che Aminah Che Awang [W.PERSEKUTUAN]

84.33

2

Nur Faten Izzati Rablin [SABAH]

79.00

3

Marziah Mohd Deli [KEDAH]

78.67

*Gambar akan dimuatnaik kemudian…

Tiada ulasan:

Ikuti Maklumat kami dalam emel anda !