Assalamualaikum wbt. Laporan harian MTQA ke 54 pada malam kelima (10 Julai 2012) diteruskan dengan seramai 10 orang peserta Tilawah selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Pada malam ini, seramai 7 orang Qari dan 3 orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan menjadikan jumlah peserta yang telah selesai bacaan adalah 45 Orang ( 28 Qari, 17 Qariah ).
Pada malam ini juga, para tetamu dan peserta telah dihiburkan dengan persembahan nasyid (aturcara selingan) oleh Kumpulan Far-East dan Faqrur Raqib Majid. Antara lagu-lagu yang disampaikan adalah “Alhamdulillah”, Jilbab Putih, dan “Law Kana Baynana”.
Berikut Senarai Peserta Tilawah Malam Kelima.
| No | Peserta | Negara | Bahagian |
| 1 | Kotoric Alen | Croatia | Qari |
| 2 | Hassan Basri Yusuf | Kemboja | Qari |
| 3 | Mariyam Suhana Aqil | Maldives | Qariah |
| 4 | Mohd Abdullah Kaleemi | India | Qari |
| 5 | Egzon Ibrahimi | Kosovo | Qari |
| 6 | Hasnae Khoulali | Maghribi | Qariah |
| 7 | Fazlul Hoq Mia | Bangladesh | Qari |
| 8 | Raden Harmoko Baharuddin | Indonesia | Qari |
| 9 | Ruqayah Muhammad Sylla | Vietnam | Qariah |
| 10 | Ebrahim Sulayman Jammeh | Gambia | Qari |
Malam esok, malam keenam akan diperdengarkan lebih ramai Qari dan Qariah. Justeru itu, sama-samalah kita berkunjung ke Dewan Merdeka dan pada yang tidak berkesempatan, kami di Islamicworlds akan menyediakan laporan harian dari 6 – 13 Julai 2012. Laporan akan dikemaskini setiap jam 12.00 Malam. InsyaAllah.
* Kesemua gambar adalah rakaman daripada saluran RTM TV1 dan pihak JAKIM. Segala kesulitan amatlah dikesali. Hakcipta siaran langsung adalah RTM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan