Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, Julai 07, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 54 (2012)–Malam Pertama. Daily Report of International Recitation Assembly 54th Edition–First Night.

 

DSC_2227  DSC_2230

DSC_2210  DSC_2244

Assalamualaikum wbt. Bertemu kembali dalam laporan harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2012 kali ke 54. MTQA pada tahun ini diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC Kuala Lumpur, Malaysia. Tahun ini juga, pihak penganjur telah memilih tema “Al-Quran Pemacu Transformasi Ummah Wasatiyyah”. Seramai 60 orang peserta tilawah yang bakal memperdengarkan bacaan dari seluruh dunia. Malam pertama, iaitu malam perasmian pembukaan ini telah disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke V (Timbalan YDP) dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, dan wakil-wakil dari negara-negara jiran seperti Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia.

Pada malam pembukaan ini, Majlis dimulakan setelah keberangkatan tiba Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke V dan diteruskan dengan bacaan Doa oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Hj. Abd Manaf Hj. Mat dan kemudian disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh Qariah Jemputan yang juga telah 7 kali menjadi Johan Qariah MTQA iaitu Hjh. Faridah Mat Saman.

Selesai bacaan Al-Quran oleh Qariah Jemputan, Sultan Muhammad V dibawa mengenal setiap peserta Tilawah dengan diiringi oleh Perdana Menteri Malaysia. Aturcara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk MTQA kali ke 54, YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj. Baharom (B). Setelah itu, Majlis disusuli pula dengan titah ucapan perasmian baginda Sultan Kelantan.

Persembahan Nasyid oleh gabungan dua kumpulan iaitu DG-WA (JAKIM) dan Al-Zulfa (ASWARA) dengan mempersembahkan dua buah lagu iaitu Panggilan Jihad dan Al-Quran. Selesai persembahan Nasyid, maka bermulalah secara rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 54 2012 dengan memperdengarkan dua (2) orang peserta pada malam pertama, masing-masing seorang Qari dan Qariah.

Malam esok, malam kedua akan diperdengarkan lebih ramai Qari dan Qariah. Justeru itu, sama-samalah kita berkunjung ke Dewan Merdeka dan pada yang tidak berkesempatan, kami di Islamicworlds akan menyediakan laporan harian dari 6 – 13 Julai 2012. Laporan akan dikemaskini setiap jam 12.00 Malam. InsyaAllah.

DSC_2255  DSC_2263

Senarai Peserta Malam Pertama

No

Peserta

Negara

Bahagian

1

Minrage Biqaire Mozambique Qari

2

Suraida A. Ampatua Filipina Qariah

Siiru ala barakatillah.

*Gambar akan dikemaskini jam 8.00 Pagi.

Tiada ulasan: