Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, Julai 10, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-54 (2012)–Malam Keempat. “Daily Report of 54th International Recital Assembly 2012–Fourth Night”

 

DSC_2431  DSC_2477

DSC_2478  DSC_2484

DSC_2495

Assalamualaikum wbt. Laporan harian MTQA ke 54 pada malam keempat (9 Julai 2012) diteruskan dengan seramai 11 orang peserta Tilawah selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Pada malam ini, seramai 7 orang Qari dan 4 orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan menjadikan jumlah peserta yang telah selesai bacaan adalah 35 Orang ( 21 Qari, 14 Qariah ).

Pada malam ini juga, para tetamu dan peserta telah dihiburkan dengan persembahan nasyid (aturcara selingan) oleh Peserta Realiti TV Adik-adikku dan Kumpulan Hijjaz. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah  “Menggapai Cita, Tell Me Why, Di bawah Satu Cahaya dan Awaken.

Berikut Senarai Peserta Tilawah Malam Keempat.

No

Peserta

Negara

Bahagian

1

Mohamad Samir Zeidan

Lebanon

Qari

2

Dkric Amina

Bosnia Herzegovina

Qariah

3

Mohd Shukri Ahmad Banba

Thailand

Qari

4

Mashitah Ibrahim

Thailand

Qariah

5

Yusoof Lehri

Myanmar

Qari

6

Fatma Awad Abdal Moneim Hamed

Sudan

Qariah

7

Sabah Abed Alwan

Iraq

Qari

8

Zamir Rakiev

Kyrgyzstan

Qari

9

Khatijah Osman

Vietnam

Qariah

10

Nurul Huda

Ghana

Qari

11

Ibrahim Bah

Guinea

Qari

DSC_2427  DSC_2437

DSC_2450  DSC_2461

DSC_2470  DSC_2475

DSC_2511  DSC_2513

DSC_2518  DSC_2522

DSC_2527 

Malam esok, malam keelima akan diperdengarkan lebih ramai Qari dan Qariah. Justeru itu, sama-samalah kita berkunjung ke Dewan Merdeka dan pada yang tidak berkesempatan, kami di Islamicworlds akan menyediakan laporan harian dari 6 – 13 Julai 2012. Laporan akan dikemaskini setiap jam 12.00 Malam. InsyaAllah.

* Kesemua gambar adalah rakaman daripada saluran RTM TV1 dan pihak JAKIM. Segala kesulitan amatlah dikesali. Hakcipta siaran langsung adalah RTM.

1 ulasan:

Hjh Hasnah bt Abdullah berkata...

Aslm! Saya cuma nak tahu surah yg dibaca oleh qari kosovo pada mlm ke 5