Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, Julai 09, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 (2012)–Malam Ketiga

 

DSC_2356  DSC_2361

DSC_2363  DSC_2366

DSC_2383

Assalamualaikum wbt. Laporan harian MTQA ke 54 pada malam ketiga (8 Julai 2012) diteruskan dengan seramai 11 orang peserta Tilawah selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Pada malam ini, seramai 7 orang Qari dan 4 orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan menjadikan jumlah peserta yang telah selesai bacaan adalah 24 orang ( 14 Qari, 10 Qariah ).

Pada malam ini juga, para tetamu dan peserta telah dihiburkan dengan persembahan nasyid (aturcara selingan) oleh Peserta Realiti TV Adik-adikku. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah  “Le’ilir, Jarah Eh, Norul El Ain dan Allahu”.

Berikut Senarai Peserta Tilawah Malam Ketiga.

No

Peserta

Negara

Bahagian

1

Amin Buya

R.I. Iran

Qari

2

Ma Thida Win

Myanmar

Qariah

3

Nabhan Amur Mohammed Al Khazimi

Oman

Qari

4

Dayang Nurfaezah Hj. Emran

N. Brunei Darussalam

Qariah

5

Awangku Muhd Adibul Amin Pengiran Hj. Marjuki

N. Brunei Darussalam

Qari

6

Muhammad Saudi M. Gandisa

Filipina

Qari

7

Ma Yong Hong

R. China

Qariah

8

Mohammad AbdelMajeed Awadallah Abu Al Haj

Jordan

Qari

9

Idris Waruday

Timor Leste

Qari

10

Amani Ali Naji

Yemen

Qariah

11

Mustafa Ahmed Saleh Al Amini

Yemen

Qari

DSC_2360  DSC_2372

DSC_2381  DSC_2387

DSC_2392  DSC_2397

DSC_2407  DSC_2410

DSC_2415  DSC_2418

DSC_2422

Malam esok, malam keempat akan diperdengarkan lebih ramai Qari dan Qariah (Berbaki 38). Justeru itu, sama-samalah kita berkunjung ke Dewan Merdeka dan pada yang tidak berkesempatan, kami di Islamicworlds akan menyediakan laporan harian dari 6 – 13 Julai 2012. Laporan akan dikemaskini setiap jam 12.00 Malam. InsyaAllah.

* Kesemua gambar adalah rakaman daripada saluran RTM TV1 dan pihak JAKIM. Segala kesulitan amatlah dikesali. Hakcipta siaran langsung adalah RTM.

4 ulasan:

Sang Kejam berkata...

sapa ek geng nasyid yang budak budak tu nama apa ek? admin tau tak?

ismikhair ibn berkata...

Assalamualaikum wbt. Saudara, kumpulan nasyid budak budak yg dimaksudkn adalah dari Program Realiti TV Adik-Adikku (JAKIM), yang mana terdiri daripada juara tempat pertama- ketiga.

Tanpa Nama berkata...

Le’ilir, Jarah Eh... 1 dr lagu ni sy pnh dgar kat radio... sp yg nyayi lagu ni ek

Tanpa Nama berkata...

Le’ilir, Jarah Eh... 1 dr lagu ni sy pnh dgar kat radio... sp yg nyayi lagu ni ek

Ikuti Maklumat kami dalam emel anda !