Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, Julai 12, 2012

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 54 (2012)–Malam Keenam. “Daily Report of 54th International Al-Quran Recital Assembly 2012–Sixth Night”

 

DSC_2661  DSC_2664

DSC_2668  DSC_2694

Assalamualaikum wbt. Laporan harian MTQA ke 54 pada malam keenam (11 Julai 2012) diteruskan dengan seramai 10 orang peserta Tilawah selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Pada malam ini, seramai 7 orang Qari dan 3 orang Qariah memperdengarkan bacaan masing-masing dan menjadikan jumlah peserta yang telah selesai bacaan adalah 55 Orang ( 35 Qari, 20 Qariah ). Malam keenam turut diperdengarkan dengan bacaan dari tuan rumah (Malaysia) iaitu Hajah Che Aminah Che Awang, Qariah. Beliau merupakan Qariah dariah W.Persekutuan yang telah menjadi Johan Qariah MTQ Kebangsaan baru-baru ini.

DSC_2701  DSC_2707

DSC_2726  DSC_2741

DSC_2753

Pada malam ini juga, para tetamu dan peserta telah dihiburkan dengan persembahan nasyid (aturcara selingan) oleh Kumpulan Hijjaz. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan adalah “Al-Quran Kalamullah”, Embun Hidayah, “Rabbi Sallimna” dan Islam Iman Ihsan”.


Berikut Senarai Peserta Tilawah Malam Keenam.

No

Peserta

Negara

Bahagian

1

Agmat Solomon

Afrika Selatan

Qari

2

Kouma Drahamane

Mali

Qari

3

Tayyiba Nasreen

Pakistan

Qariah

4

Abdul Aziz Drkich

Bosnia Herzegovina

Qari

5

Hamzatul Zafir Mohamed Irshad

Sri Lanka

Qari

6

Hajah Che Aminah Che Awang

MALAYSIA

Qariah

7

Rashid Abdullah Omar Al-Amodi Al-Yafie

Qatar

Qari

8

Muhammad Abu Bakar

Pakistan

Qari

9

Mariam Aligadzhieva

Russia

Qariah

10

Yazid Mohd Abdullah Al-Qattan

Kuwait

Qari

DSC_2667  DSC_2677

DSC_2693  DSC_2704

DSC_2713  DSC_2725

DSC_2751  DSC_2757

DSC_2763  DSC_2767

Malam esok, malam ketujuh akan diperdengarkan baki 10 Qari dan Qariah. Justeru itu, sama-samalah kita berkunjung ke Dewan Merdeka dan pada yang tidak berkesempatan, kami di Islamicworlds akan menyediakan laporan harian dari 6 – 13 Julai 2012. Laporan akan dikemaskini setiap jam 12.00 Malam. InsyaAllah.


* Kesemua gambar adalah rakaman daripada saluran RTM TV1 dan pihak JAKIM. Segala kesulitan amatlah dikesali. Hakcipta siaran langsung adalah RTM.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, sebelum atau selepas kumpulan Hijjaz buat persembahan ada kumpulan kanak-kanak buat persembahan.Saya ingin tahu tajuk lagu tu.Satu lagu melayu & satu lagi lagu English dari Mahir Zain.Thanks

Din berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Din berkata...

Waalaikumusaalam. Saudara boleh merujuk pautan berikut.

Persembahan Nasyid