Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, Julai 17, 2011

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-53 (Malam Pertama), International Al-Quran Recital Assembly 53rd (First Night) 2011

 

IMG-20110716-00993  IMG-20110716-01013 IMG-20110716-01015   IMG-20110716-00969 

Assalamualaikum wbt, bersua kembali dalam laporan harian Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa kali ke 53 (2011) dari PWTC. Setelah berkampung di Kuching, Sarawak bagi MTQ Kebangsaan ke 54, 2011, kami di Islamicworlds sekali lagi berbesar hati untuk sama-sama menjayakan MTQ yang sudah sekian lama dilangsungkan ini. Pada tahun ini, lebih 30 negara yang telah terpilih untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Sebagaimana sedia maklum, pada tahun sebelumnya iaitu 2010, Johan bahagian Qari ialah En. Hani Abdel Aziz Ahmed dari Mesir, sementara Johan bahagian Qariah pula ialah Puan Samia Khanan dari Pakistan. Berdasarkan pencapaian sebelum ini Mesir telah menjadi Johan pada tahun 1996 dan Pakistan pula buat pertama kali menjadi Johan, iaitu dalam bahagian Qariah.

Kembali semula dalam laporan harian, Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 53 pada tahun ini telah selamat disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan turut di serikan jua dengan keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Imam Besar Masjid Negara dan diikuti pula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim oleh Johan Hafazan Kebangsaan 2011 kategori 1-10 juzuk, Adik Mohammad Rashid Riedha Mohd Shukri.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengerusi Induk Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 53, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menyampaikan ucapan alu-aluan kepada hadirin sebelum titah ucapan perasmian oleh YDP Agong. Sejurus titah ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh “DG-Wa, Al-Fityan, Munsyiedin dan Nur Jannah”. Lagu “Al-Quran” dan “Panggilan Jihad” dipersembahkan sebagai membuka tirai perasmian tersebut.

Pada malam pertama, seramai dua (2) orang peserta, masing-masing qari dan qariah telah selesai memperdengarkan bacaan iaitu Qari dari negara Maldives (Saudara Mohammad Aslam) dan Qariah dari negara Pakistan (Saudari Asmaz binti Shahnawaz).

 

mtqbanner1d1[15]

* Gambar dari RTM TV1 (snapshot),

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t
Sy meminati nasyid btajuk al-quran yg dismpaikan oleh kmpln nasyid sempena Majlis Tilawah Al-Quran prgkt Antrbgsa. Tapi yg agak mhampakan,sy masih xjmpa link nasyid tsebut.

Din berkata...

Waalaikumussalam wbt. Terima Kasih kpd saudara/i, berkenaan nasyid semalam, pihak kami masih belum "upload" secara umum memandangkan hakcipta, namun, sekiranya saudara/i ingin mendengar secara peribadi, bolehlah emelkan pertanyaan lanjut kepada emel admin dalam "post" sebelum ini. :) Semoga sama-sama dirahmati Illahi. Ameen. Wassalam - Islamicworlds

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ...bleh saudara download nasyid pada malam ke 2 tak?..best dengar suara budak2.tq

Din berkata...

Link lagu tema : http://www.4shared.com/video/perNJZRU/TemaMTQA-IslamicWorlds.html

Anonymous berkata...

assalamualaikum ...bleh saudara download nasyid pada malam ke 2 tak?..best dengar suara budak2.tq

UMM IBTISAM berkata...

salam ukhuwah,,
saya pun peminat setia lagu Al-Quran ni.harap dpt berkongsi maklumat di sini.saya rasa ada sedikit pembetulan pada lirik lagu al-quran ni.cth ,, berpandukan lagu asal yang telah ditular ke B.Inggeris dan Arab..moga dimaafkan kerana mencelah di sini.MOga kita sama2 dapat manfaatnya.ameen

Din berkata...

Salam, Terima Kasih, Saudara/i UMM IBTISAM, jika tidak keberatan, emailkan kepada saya di ismikhair87@yahoo.com bagi membolehkan saya menambahbaik lirik tersebut. Saya memohon maaf sebarang kekhilafan tersebut. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat. Salam Ramadan.

Wassalam.