Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt, Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah inayahnya dapat saya teruskan laporan harian ini. Pada malam kelima, iaitu 20 Julai 2011 bersamaan 18 Sya’aban 1432H, seramai 9 orang peserta telah memperdengarkan bacaan, di mana terdiri daripada 6 Qari dan 3 Qariah yang menjadikan jumlah keseluruhan peserta setakat malam kelima adalah seramai 37 orang, berbaki 24 orang lagi peserta. Menariknya malam ini, seorang Qariah dari negara jiran (Brunei Darussalam) yang juga merupakan Naib Johan Qariah MTQA ke 52 tahun lalu turut memperdengarkan bacaan. Disamping Negara Brunei Darussalam, tiga lagi negara dari Asia Tenggara iaitu Bangladesh, Filipina dan Kemboja juga mempersembahkan bacaan masing-masing.
Dari aturcara selingan, iaitu persembahan Nasyid, pada malam kelima ini, penganjur telah menyediakan satu persembahan yang cukup berbeza dari hari-hari sebelumnya, di mana, peserta dan tetamu dihiburkan dengan Qasidah yang disampaikan oleh Kumpulan Persatuan Guru-guru Al-Quran Bahagian Kuching, Sarawak (juga merupakan kumpulan dari MTQKebangsaan lalu). Persembahan qasidah ini bertajuk “Habibi Ya Muhammad” dan “Ya Khaliqal Aqwan”. Dengan alunan-alunan qasidah yang merdu tersebut, sudah pasti ia menjanjikan suatu kelainan yang mampu menghuraikan seribu satu wadah maksud disebaliknya.
Untuk senarai penuh peserta MTQA pada malam ini, di sini disertakan senarai bagi :-
Qari
1. En. Abdel Bast Mohamed (Mesir), En. Mohammed Kassem Nh. Al-Qahtani (Qatar), En. Khalifa Musalem Al-Essae (Oman), En. Mogamad Zain Alexander (Afrika Selatan), En. Dr. Mochamet Rosdi Imam (Greece), dan En. Saudi M. Gandisa (Filipina).
Qariah
1. Pn. Oemmy Ly (Kemboja/Cambodia), Cik. Fatema Rohani (Bangladesh), Pn. Dayang Nurfaezah bt Hj. Emran (Brunei Darussalam).
* Gambar ihsan RTM1 & JAKIM (snapshot), mohon maaf kerana kualiti gambar pada malam ini kurang memuaskan.
8 ulasan:
Semalam punya ada sesetengah yang kurang tarannum nye kan? tapi tapi. keikhlasan mereka yang buat orang lain sanggup nak tengok.. :)
Salam khafyz, yup... ada sesetengah yg kurang tarannum. Tp semuanya adalah yg terbaik... :)
Salam, boleh tak saya nak tahu surah yang dibaca oleh peserta dari Afrika Selatan?
Terima kasih
W.Salam s'ri Roslina, saya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan surah tersebut buat masa sekarang memandangkan saya ditempat kerja... INsyaAllah, malam nanti saya sertakan bersama video. Wsslam.
Salam, sdri Roslina, Qari Afrika Selatan semalam telah memperdengarkan Surah Qaf dari ayat 20. Terima Kasih. Wslm.
Terima kasih Sdra. Hanya Allah yang dapat mmbls jasa saudara. Wassalam.
Terima kasih Sdra. Hanya Allah yang dapat mmbls jasa saudara. Wassalam.
W.Salam s'ri Roslina, saya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan surah tersebut buat masa sekarang memandangkan saya ditempat kerja... INsyaAllah, malam nanti saya sertakan bersama video. Wsslam.
Catat Ulasan