Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum wbt. Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk “update” laporan harian MTQA ke 53 kali ini. Pada Malam keempat iaitu 19 Julai 2011 bersamaan 17 Sya’aban 1432H, seramai 8 orang peserta telah menyempurnakan bacaan masing-masing yang terdiri dari 6 Qari dan 2 Qariah. Sehingga malam keempat ini, bilangan peserta yang telah selesai adalah 28 Orang dan masih berbaki 33 orang peserta lagi. Antara peserta yang menjadi tumpuan pada malam ini adalah Qariah dari tuan rumah, Malaysia. Beliau telah memperdengarkan bacaan dari Surah Az-Zukhruf bermula ayat ke 57. Tidak kurang juga dengan Qari dari negara Croatia yang juga telah menyertai MTQA ke 52 pada tahun lalu. Secara keseluruhannya, 60% peserta pada malam ini adalah dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Kemboja.
Sebagaimana hari-hari sebelumnya, para peserta dan tetamu-tetamu Al-Quran akan dipersembahkan dengan nyanyian lagu-lagu berunsurkan Nasyid sebagai aturcara selingan majlis. Persembahan pada malam ini telah dijayakan oleh Kumpulan Nasyid yang tidak asing lagi dalam industri nasyid tempatan, iaitu Kumpulan Far-East. Empat buah lagu yang disampaikan iaitu “A’la Baladi”, “Salamun Salam”, “Saat Lafaz Sakinah” dan “Keunggulan Insan Berteraskan Al-Quran”.
Berikut merupakan senarai penuh peserta Malam Keempat ;
6 Qari :
1. En. Amjad Saeed (Pakistan), En. Hj. Muhammad Yusoff (Indonesia), En. Muhammad Sadid Abdul Latif (Singapura), En. Fahzy Tres (Kemboja/Cambodia), En. Mohammad Sadiq Rahimi (Afghanistan) dan En. Aziz Alili (Croatia).
2 Qariah :
1. Pn. Hajah Suraya bt Abu Hassan (Malaysia), Pn. Marziah Rahimi (Afghanistan).
Gambar Ihsan RTM 1 & JAKIM (snapshot)
3 ulasan:
Indonesia, singapore dan malaysia boleh tahan,. :)
Indonesia, singapore dan malaysia boleh tahan,. :)
Indonesia, singapore dan malaysia boleh tahan,. :)
Catat Ulasan