Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, Julai 22, 2011

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 53 (2011)–Malam Keenam, 6th Night of International Al-Quran Recital Assembly 53rd edition (2011).

 

IMG-20110721-01366   IMG-20110721-01374IMG-20110721-01389   IMG-20110721-01373

Assalamualaikum wbt. Bersua lagi dalam laporan harian MTQA 2011 untuk hari yang keenam. Pada malam ini, seramai 8 orang peserta Tilawah yang telah sempurna memperdengarkan bacaan yang terdiri dari 5 Qari dan 3 Qariah. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peserta yang telah menyampaikan bacaan adalah seramai 45 orang dan masih berbaki 8* orang peserta lagi. Malam keenam turut diperdengarkan bacaan oleh Qari dari tuan rumah (Malaysia), En. Amirahman bin Abas. , di mana beliau telah membaca Surah An-Nahl bermula ayat ke 65. Selain itu, Qari dari negara Brunei turut memperdengarkan bacaan Al-Quran.

Bagi aturcara selingan, pihak penganjur telah menyediakan persembahan nasyid dari Kumpulan Devotees yang mana menyampaikan empat buah lagu iaitu “Berjalan Tanpa Henti”, “Rindu Kedamaian”, “Hadirnya Cahaya”, “Hijrah Menuju Allah” dan “Rindu Ramadhan”. Persembahan oleh empat orang ahli kumpulan tersebut sungguh menarik memandangkan menanti ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Untuk itu, berikut disenaraikan peserta-peserta yang telah memperdengarkan bacaan pada malam keenam ini.

 

IMG-20110721-01343   IMG-20110721-01351IMG-20110721-01357   IMG-20110721-01363IMG-20110721-01383   IMG-20110721-01403IMG-20110721-01408   IMG-20110721-01411

5 Qari

1. En. Awang Hj. Ismail bin Hj. Sulaiman (Brunei Darussalam), En. Adama Doumbia (Burkina Faso), En. Helal bin Hussean bin Yusef Felemban (Arab Saudi), En. Amirahman Abas (Malaysia), En. Abdoul Madjid Toure’ (Mali).

3 Qariah

1. Cik. Mariam Yaseen (Afrika Selatan), Cik. Sadiqa Bano Mohd Sajid Faizi (India), Cik. Fathima Rukaiya Afwan (Sri Lanka).

 mtqbanner1d1153

Gambar ihsan RTM1 & JAKIM (Snapshot)

3 ulasan:

HBM berkata...

terasa sedih pulaa, semalam takdapat tengok, ada majlis tahlil dgn majlis rewang, negara mana yang sedap pembawakan tarannum nyee?

Din berkata...

Salam, saudara khafyz, pd amatan sy semalam, wakil negara mempersembahkan bacaan yg cemerlang, selain beberapa org yg lain spt dari Brunei. InsyaAllah. Syukran.

k h a f y z berkata...

terasa sedih pulaa, semalam takdapat tengok, ada majlis tahlil dgn majlis rewang, negara mana yang sedap pembawakan tarannum nyee?