Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt. Bertemu lagi dalam laporan harian Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 kali ke 53. Malam ini merupakan malam ketujuh sebelum Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah pada malam esok (23 Julai 2011). Untuk pengetahuan semua, Malam ini menampilkan tujuh orang peserta Tilawah yang terdiri daripada 5 Qari dan 2 Qariah. Peserta Qari dari Vietnam telah melabuhkan tirai Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa kali ke 53 pada tahun ini. Secara visualnya, pengunjung (tetamu) yang menghadirkan diri pada malam ketujuh adalah yang paling memberangsangkan dari hari-hari sebelumnya. Sumber menyatakan seramai lebih 400 orang pengunjung dari negara jiran yang turut sama memeriahkan Majlis pada malam ini. Berbalik pada peserta-peserta Tilawah Al-Quran, jumlah keseluruhan peserta yang telah memperdengarkan bacaan adalah seramai 54 orang1 yang mewakili lebih 30 buah negara2 dari seluruh dunia dan mencatatkan penyertaan baru dari beberapa buah negara (luar Asia) seperti negara Greece.
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari negara-negara dari Afrika dan Eropah3*. Ini tidak dinafikan lagi dengan bacaan yang diperdengarkan oleh peserta dari Croatia, Mauritius, Senegal dan Sudan. Namun, segala keputusan adalah ditangan para Hakim. Semuanya akan diketahui secara rasminya pada malam kelapan esok.
Aturcara selingan pada malam ini diserikan dengan persembahan Nazam oleh ASWARA yang menyampaikan sebuah lagu berjudul “Nazam Rukun Iman”. Persembahan yang menarik dan “unik” ini mampu menarik semua generasi untuk mendalami lagi pemahaman mengenai Rukun IMAN. Nazam Rukun Iman turut menampilkan “pengalaman” muzik yang lebih pelbagai, di mana pelbagai alat muzik yang digunakan antaranya gendang, kompang dan kerincing4”. Persembahan ini turut menerapkan semangat perpaduan dalam kaum-kaum di Malaysia, selaras dengan Tema MTQA ke 53, “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.
Berikut merupakan senarai penuh peserta yang telah menyampaikan bacaan Al-Quran pada Malam Ketujuh :-
Qari
1. En. Ahmed Murshid Mohamed Noorullah (Sri Lanka), En. Eitahir Mohamed Ibrahim (Sudan), En. Romlee Leahmina Hasan (Thailand), En. Ousmane Sylla (Senegal). En. Sulaiman Abdul Halim (Vietnam).
Qariah
1. Pn. Ehlimana Godinjak (Bosnia Herzegovina), Cik. Hasanatou Jalloy (Gambia).
* Malam esok (23/7/2011) juga tarikh Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Olimpik menentang SIngapura, penulis akan cuba “merakamkan” perjalanan Majlis Perasmian Penutup esok. Wassalam.
1. Jumlah berdasarkan sumber, 2. Berdasarkan dari 61 buah negara 3. Pendapat penulis 4. Tidak dipastikan
Gambar ihsan RTM1 & JAKIM (Snapshot)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan