Assalamualaikum wbt, Syukur Alhamdulillah kerana telah diberi kesempatan untuk berkongsi laporan harian MTQA 2011 ini. Pada malam ini, seramai 9 orang peserta telah sempurna memperdengarkan bacaan terdiri dari 5 orang Qari dan 4 orang Qariah. Setakat malam ketiga, sejumlah 20 orang peserta telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Untuk makluman, Majlis Tilawah Al-Quran yang dianjurkan di Malaysia adalah sedikit berbeza dari negara-negara lain dimana, wajaran markah tertinggi dinilai dari segi Tajwid dan yang selebihnya dari Tarannum, Fasohah serta Suara. Setiap bahagian tersebut dinilai oleh lebih kurang 10 orang hakim dari negara-negara seperti Mesir, Syria, Brunei Darussalam, Indonesia dan sebagainya.
Mengenai persembahan selingan pula, tetamu diperdengarkan nyanyian lagu-lagu nasyid oleh Kumpulan Zirbad dan Kumpulan Hawa. Masing-masing menyampaikan tiga buah lagu “Fikirkanlah”, “Wacana Hidup Cemerlang” dan “Pulang”. Sebagai rujukan, berikut merupakan peserta-peserta yang telah memperdengarkan bacaan pada malam ketiga, yang terdiri dari :-
4 Qari
1. En. Hamid Redha Abbasi (Iran), En. Ammar Frayyeh Salman (Iraq), En. Faris Godinjak (Bosnia Herzegovina), En. Amer Ribhi Athaya (Syria) dan En. Mohamed Sekou Conde (Guinea).
5 Qariah
1. Cik. Fathimath Shifana (Maldives), 2. Cik. Salimata Doukara (Mali), 3. Cik. Karimah Hayibaraheng (Thailand) dan Cik. Lamija Alili (Croatia).
Gambar ihsan dari RTM1 & JAKIM (Snapshot)
3 ulasan:
saya suka melihat post yang dibuat. :) sila teruskan! saya akan mengikuti anda.
Terima Kasih HabibiAlbi... Semoga sama2 dirahmati. Ameen...
Terima Kasih HabibiAlbi... Semoga sama2 dirahmati. Ameen...
Catat Ulasan