Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, Julai 18, 2011

Laporan Harian Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 53 (Malam kedua), 2nd Night of International Al-Quran Recital Assembly, 53, 2011

 

IMG-20110717-01016   IMG-20110717-01057IMG-20110717-01069   IMG-20110717-01078

Assalamualaikum wbt. Laporan hari kedua ini menyenaraikan enam orang Qari dan tiga orang Qariah yang mana jumlah peserta yang telah sempurna memperdengarkan bacaan adalah seramai 11 orang ( Tujuh Qari, Empat Qariah). Persembahan selingan pada malam kedua dijayakan oleh peserta adik-adikku musim pertama dan kedua serta kumpulan Akhdan. Persembahan pertama adalah dari adik Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang menyampaikan dua buah lagu iaitu “Barakallahulakuma” dan “Ahlan Bina”, sementara Kumpulan Akhdan pula menyampaikan sebuah lagu iaitu “Sejadah Keinsafan”. Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh adik Zaid Najmuddin Zul Akmal dan adik Amin Al-Hadi Abdul Hadi yang menyampaikan lagu “Doa Tilawah”. Secara keseluruhannya, majlis sempurna dilangsungkan dengan jayanya. Berikut adalah senarai penuh peserta-peserta Tilawah yang telah memperdengarkan bacaan pada malam kedua ini.

IMG-20110717-01019   IMG-20110717-01029

IMG-20110717-01045   IMG-20110717-01055

IMG-20110717-01060   IMG-20110717-01091

IMG-20110717-01094   IMG-20110717-01097

IMG-20110717-01100

1. Bahagian Qari :

En. Mohammad Sajid Faizi (India), En. Omar Mohammed (Bahrain), En. Bachir Muamudo  (Mozambique), En. Md. Hamidulla Hafeez Qari Abdus Suban (Bangladesh), En. Muhammad Zubair Karro (Mauritius) dan En. Omar Bajo (Gambia).

2. Bahagian Qariah :

Pn. Hjh Noor Khalidah Kapsul Anwar (Indonesia), Pn. Rahima M. Panondiongan (Filipina) dan Pn. Nur Azizah Sholichin (Singapura).

 

Sekian, Wassalam. Jumpa lagi pada malam ketiga.

 

mtqbanner1d1[15]

Gambar dari RTM 1. – Admin

3 ulasan:

aniq berkata...

assalamualaikum.....boleh muatkan video2 peserta yang telah mempersembahkan bacaan masing2 tu?syukran....

aniq berkata...

salam....boleh muatkan video peserta2 yang telah mempersembahkan bacaan masing2 tu??syukran

aniq berkata...

salam....boleh muatkan video peserta2 yang telah mempersembahkan bacaan masing2 tu??syukran